Sisters are like fat thighs

Kisah-kisah kekitaan.

Ramai suka berkawan untuk berkongsi suka duka dan rahsia. Apatah lagi mereka yang berada dalam kasut yang sama, merasai dugaan dan cabaran yang serupa. Dalam persahabatan kita selalunya cari persamaan supaya dapat bertukar-tukar pandangan.

Tak kurang cari kawan berada, supaya masa susahnya nanti ada yang tolong tapau. Sebahagian besar suka mengendeng dengan mereka yang glamour dan dikenali ramai, mana tau ada masanya nanti dapat tempias juga jadi bintang.

Tapi aku hanya suka set-set manusia ini yang paling down-to-earth, yang aku pada awalnya tak pernah kenal siapa mereka. Depa muncul seperti merangkak perlahan di sebalik rumput sebelum betul-betul berdiri perlahan tunjukkan wajah sebenar sehingga aku terpaku di laman rumah.

Terima kasih, di atas friendship dan sisterhood yang manis. For sharing laughter and wiping tears.

Kak Rose dan Kak We, masing-masing wanita senior hebat at their 50’s yang telah selamat membesarkan anak-anak kacukan Nigeria dan Ghana yang cantik lagi handsome. Mereka orang paling banyak bagi tips kepada ibu-ibu generasi seperti aku. Golongan yang dah tak perlu tanggung headache tengok anak-anak kecil berlari atau sepahkan rumah.

Kak Nurul yang punya dua anak remaja kembar bijak. Sally seorang niqabis yang hipster.  Myra adik paling bongsu antara kami dan kahwin awal.

Juga Kak Ayda dan Wani – yang nun jauh di benua Eropah dan Australia. Jasad terpisah  tapi kami berborak tanpa sempadan sepertinya mereka jiran-jiran di sebelah rumah.

And of course I have more sisters indeed yang selalu memberi semangat and push me hard from behind and they are all at the northern part: Hans, Kak Niza and Aza.

Dan Edith nun jauh di Johor Bahru. You know who you are.

Sisters are like fat thighs, they stick together.

Konsepnya, kau tak perlu jadi terlalu baik atau terlalu jahat dalam bersahabat – just be yourself. Kawan yang baik tak payah ada di sisi kau selalu tapi bila diperlukan, dia terbang macam superhero Spiderwoman dan tanpa tunggu isyarat, dia tanya khabar tak berhenti sampai kau naik bosan dan jelak.

Peliknya kau masih cari dia kalau perlukan bahu manusia.

Sahabat yang sempoi tak akan berahsia dengan kekurangan kau. Dia akan beritahu kau nampak gemuk dalam baju warna cerah. Dia keji lipstick kau yang kaler dah macam perempuan gothic. Dia tegur direct kalau kau masih sibuk kontek ex-boyfriend lama yang tak pernah mendatangkan faedah dalam hidup. She will be calling you names: kau memang tak ada otak, bodoh, beyatch, perempuan giler – tapi tak pernah simpan setitik marah pun dalam hati.

Kawan yang baik hulur tisu masa mascara kau comot angkara air mata. Tepuk bahu dan suruh kau makan dark chocolate. Lepas tu dia belanja makan supaya kau sama-sama gemuk dan happy. Dia akan suruh lupakan benda buruk dan ajak move on.

Bukan bagi kau pisau pemotong daging dan suruh pergi bunuh orang yang kau benci. Atau suruh up status FB macam-macam dan dia jadi tukang sorak di bahagian komen. No.

Good friends are like stars. You don’t always see them, but you know they are always there.

xoxo

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: