...

Tentang perpisahan

Ada banyak perkara yang kau kena faham tentang perpisahan. Jadinya bukan gitu-gitu sahaja atau satu keputusan yang mudah dibuat dalam jangka masa seminit atau seminggu waima sebulan. Kita boleh je cakap: ‘Aku dah tak nak hidup dengan kau lagi’ atau ‘Kita berpisah je mulai hari ini’ but trust me, actions speak louder than words. Sekadar kata-kata takkan jadi apa-apa. Kau boleh cakap nak berpisah hari-hari, gaduh baling pinggan mangkuk every single day, cakar rimau muka masing-masing tapi end up masih sebantal dan sekatil dengan orang yang sama walau masa tidur masing-masing berpaling ke arah lain.

Topik aku hari ni menjurus kepada: kenapa susah sangat nak berpisah walau kau disakiti berkali-kali? (Baca: hidup bersama abusive partner). Ya, bukan saja-saja kau nak bercerai.

Simple. Ini antara sebab-sebabnya.

Kau simpan terlalu banyak memori indah sampaikan bila teringat hidup jadi tak semenggah atau meroyan tahap first class. Setiap kali gaduh teringat waktu dia baik sangat. Bukan main dia membelai dan melafaz kata-kata cinta di Kota Singa, atau Bangkok, atau  paling koman depan air pancut KLCC. Teringat moments masa dia mula mengurat dan menggunakan sepenuh effortnya untuk penuhi kehendak kau. Mintak handphone dapat. Mintak bunga dapat. Mintak makan restoran mahal dapat. Memang dapat belaka.

Kemudian kau pun gigih screen shots semua kata-kata and detik-detik bahagia dan share di Facebook supaya kawan-kawan perempuan lain terkejut babs dan menjuih bibir sambil berkata ‘whatever’. Bila teringat memori daun pisang ni semua kemarahan kau tapau dan masuk dalam Tupperware balik. Then bila kau disakiti bergaduh lagi, teringat balik memori and baik balik. Tak ada apa yang berubah atau move on pun, itulah benda sama yang berulang-ulang selama bertahun-tahun.

Kau jugak tak selalunya mampu bertindak sebab disogok kata-kata pujukan manis sweet-sweet yang insulin pun tak boleh nak ubat setiap kali lepas pinggan habis pecah berderai kena lempar atau muka berdarah lebam disua penumbuk. Dia janji tak ulang sambil dukung kau ke kamar beradu tapi esok-esok bila isu sama berbangkit, muka dan badan kau tetap jadi punch bag. Lebih jahanam bila dia tak kisah anak-anak kecik 4-5 tahun jadi saksi dengan muka mereka blur kenapalah mama asyik kena smack down.

Akhir sekali sebab ramai yang rasa kalau tak kena physical abuse tu, takpe, itu bukan penderaan. Kau rasa tak pernah kena pukul tu heaven giler dah. Padahal otak kau diinjak-injak. He calls u names. Bodoh, bangang, beyatch, gemuk, hodoh. He disrespects you. Eh betina kenapa air kopi kau rasa macam air laut?? Tak kasi kau kebebasan. Jadikan kau dungu sorang-sorang kat rumah. Jangan berkawan, jangan call mak ayah. Just be at home kawan dengan kucing. Seriously dia tak naik tangan pun, tapi mulut macam isi nuraka. Dan kau rasa it’s okay.

Don’t settle for emotional abuse, thinking it’s okay because it’s not physical. A big no no. Ini lagi teruk. Boleh kau buat gila sepanjang zaman.

And here goes, dear respective sisters.

Tolong.

Kalau kau terperangkap sebegini rupa, jadi ikan nemo dalam akuarium, makan pakai sedap dan cantik tapi terkurung, kau sepertinya nak jadi apa? Kebebasan kat luar sana tersenyum menunggu, tapi kau hanya mampu melambai lemah tak sanggup keluar dari neraka dunia sebab dok fikir: he will change!

Kalau dah sampai lima, enam, sepuluh tahun dan bertan-tan tangisan atas sejadah – kau masih fikir dia akan berubah ke?

Jangan jugak bagi alasan anak-anak tak boleh survive tanpa bapanya di sisi. Oh ok, jadi kau lebih sanggup diorang jadi saksi violence daripada membesar dengan sihat tanpa stress? Belum ada pernah dengar cerita anak-anak mati kerana ibu bapa bercerai. So what? Tak kisahlah siapa atau berapa ramai  yang membesarkan mereka asalkan environmentnya sihat sejahtera.Diorang tetap akan membesar dengan sahsiah yang baik.

Seriously, don’t be afraid of losing someone who doesn’t feel lucky to have you.

It’s about time. Angkat kaki.

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: