...

About Paola Kira

Impian yang sekian lama terpendam sejak kecil kini menjadi kenyataan. Walaupun membesar dengan karya-karya Khadijah Hashim, Azizi Hj Abdullah, A Samad Said dan Othman Puteh, Paola Kira (nama sebenar Zaila Mohamed Ali) hanya mahu dikenali sebagai penulis indie. Bebas dan lepas. Kritik dan sarkastik dalam sedar terutama dalam isu-isu berkait hal wanita dan kahwin campur.

Berasal dari Merlimau, Melaka, Zaila mengabadikan diri dalam bidang kewartawanan sejak usianya 17 tahun. Diterima masuk sebagai pelajar Masscomm Uitm pada 1996, dia terus menerjah dunia pelik dalam kelompok manusia kreatif. Tidak menganggur lama selepas graduate pada 2001, dia memulakan karier sebagai journalist di Galeri Ilmu selama hampir tiga tahun sebelum migrate ke Kumpulan Media Karangkraf pada 2004.

Di Karangkraf, dia menghasilkan majalah kanak-kanak berjudul e-baca berkonsepkan mini magazine seperti K-Zone yang moden dan menepati ciri-ciri anak-anak hari ini berkiblatkan gajet.  Di tengah-tengah jalan perkhidmatannya, Zaila dipanggil bertugas untuk Sinar Harian sejak 10 tahun lalu dan bermulalah cabaran hebat sebagai warga newsroom  yang hingar bingar.

Menggemari adventura melampau dan tidak suka jalan hidup yang cliche – Zaila menamatkan zaman bujang dengan seorang jejaka dari Ghana dan dikurniakan dua anak perempuan comel punya rambut mengerinting tinggi yang kini berusia 4 dan 6 tahun.

Sepanjang tempoh perkahwinannya, terlalu banyak yang dilalui wanita berusia 39 tahun ini dan sebahagiannya dikongsi bersama pembaca menerusi buku Winter di Afrika dan SATU.


TV & RADIO INTERVIEWS & NEWSPAPER GALLERY

[Best_Wordpress_Gallery id=”9″ gal_title=”Radio & TV Interview”]