...

Terima kasih

Satu Cover Bismillahirrahmanirrahim.

Entri pertama dan seumpamanya.

Ilham yang datang dari mimpi. Dan mimpi yang aku realisasi.

Alhamdulillah terima kasih banyak, atas sokongan banyak pihak akhirnya tercipta Winter di Afrika (WDA), dan yang terkini, berada dalam kelompok penulis-penulis gaya tersendiri dengan lahirnya buku SATU.

Semuanya bermula dari harapan-harapan yang hanya tersimpan dalam hati, berkunci mati, tapi aku jumpa mangganya dan buka semula. Sebarkan agar semua orang tahu, aku insan biasa punya impian yang tak pernah bertepian.

Memilih satu route berbeza dengan orang lain bukan satu kerja mudah. Berhadapan dengan pelbagai jenis soalan, tak kurang kejian juga sedikit sebanyak pujian kerana tindakan berani mati. Tapi jadi manusia aku tak pernah takut dengan mulut manusia lain, sebab tidak ada satu makhluk pun yang perfect di sisi ALLAH SWT.

Kelainan seharusnya diraikan, dilorongkan peluang dan diberi penghargaan. Kerana apabila kau berbeza, dan berjaya,  ia buka peluang kepada yang senasib untuk terus berjuang.

Anyways, ujian akan tetap datang bergolek dalam pelbagai bentuk dan kita cuma ada satu pilihan:

Jalan terus.

‘It is in that which you love the most that you find the greatest tests.’ (Yasmin Mogahed). Yes it is!

Untuk bersama dengan orang yang kau betul-betul sayang, di situlah akan bermulanya ujian-ujian hebat. Tapi ia bukan tiket yang bermakna kau harus mati.

Stay blessed!

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: