...

The Rambut Story: The Very First Day

Setelah sekian lama menunggu, fuh, akhirnya finally adik ke sekolah jua. Unlike Paola, Kira ada beberapa keperluan tersendiri yang menyebabkan aku perlu terus stay awake selepas Subuh untuk get ready:

  1. Tekstur rambut yang agak kompleks. Perlu disyampu, diconditioner dan disikat (ini derita, sumpah!). Sebab dia akan berlari satu rumah sampai aku give up dan terpaksa memberi upah gula-gula. Kemudian perlu disikat dan didendan/ikat depan tv supaya tuan puteri dapat beristirahat sambil menonon kartun kegemaran.
  2. Dia perlu masa untuk makan. Kalau breakfast siap dan terus dihidang tak mau disentuhnya. Aku kena suap slow-slow dengan penuh tawaduk, jangan tumpah atas baju atau sememeh kat mana-mana. Sampai makanan habis.
  3. Fussy pilih baju. Takkan nak pakai baju yang aku sediakan. Mesti nak pilih sendiri. Nak pergi sekolah tadi adalah satu penderitaan dunia kerana dia berspendar aje keliling rumah, tak mau pakai uniform sebab tak nak pergi sekolah.
  4. Berebut-rebut nak tekan butang lif tapi lepas tu tak nak keluar. Motif?

Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari ini dengan sokongan dan pertolongan semua guru yang baik hati. Seperti tahun-tahun sudahnya, treatment yang sama seperti Paola, aku memang tak akan tunggu lama. Aku percaya pada kehebatan bakat pendidik sekolah pra, dan sudah pasti mereka terlalu biasa berdepan pelbagai kerenah si kecik-kecik ni. Lagipun Kira biasanya perlukan hanya kurang setengah jam untuk panaskan enjin dan kemudian dia adalah kak long kawasan secara automatis. You rock, girl!

Ada dua anak bermakna aku kena deal dengan dua karakter berbeza. Awalnya memang selalu rasa nak pengsan tapi bila dah dapat kenal pasti kelemahan, meladeni perangai mereka jadi mudah. Ramai orang kata anak-anak mixed memang agak sukar dikawal tapi itu mitos. Budak-budak sama aje tak kira bangsa, memang di satu peringkat usia mereka perlukan perhatian dan memberontak. Kalau diturut tanpa mempersoal, kau jadi dungu sudah tentu. Biarlah terpaksa dengar lalakan dan tangisan asalkan situasi menang milik kau. Yes. Mommy always win, hokeh. Demi kemaslahatan bersama.

Oh yes, ini ada tips mudah untuk ibu-ibu yang ada anak kecil (bawah 4 tahun) dan mahu kekal jelita tanpa stress:

  1. Kenal pasti kelemahan anak. Kelemahan Kira ialah dia malas berjalan. Jadi aku pastikan pergi mall grab troli terlebih dahulu dan masukkan dia dalam tu siap-siap. Ataupun sediakan stroller untuk kanak-kanak lebih 20 kilo. Biasanya not adjustable dan hanya berfungsi untuk mereka duduk. Bagi bebear sebijik. Now go and shop.
  2. Kena bijak perhati dari jauh spot untuk toys. Kalau dari jauh dah nampak, tukar route. Sama ada naik lif arah lain atau pilih escalator sebelah benua sana. Asal jangan cross toys area. No no no.
  3. Tantrum akan berlaku secara tiba-tiba. Terutama bila anak nampak sesuatu yang dia nak, dan kau pulak fragile dan mudah dikuasai. Jangan tertipu, tapi tipulah sunat sikit. Bagitau yang kita akan beli benda tu kat sebelah sana, jom pegi kat sana. Atau kat sana lagiiii cantik. If they don’t buy it lepas 5 minit, tolak troli atau stroller sepantas mungkin. Fitness mungkin diperlukan di sini.
  4. Kalau nak main playground, jangan biarkan depa masuk sekejap sangat. At least sejam setengah. Biar sampai dah takde benda nak main dan mereka boooorrinnng. Lepas tu apa lagi, cabut balik.
  5. Keluar rumah setelah mereka mendapatkan tidur or nap secukupnya. Happy kids are from happy sleep. Eh!

Lima je perkongsian hari ini. Nanti teringat boleh kongsi lagi. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku handling dua anak, yang mana seorang is very cool dan seorang lagi maha-tantrum – and of course, aku seorang diri saja.

Till another note!

Leave a Reply

%d bloggers like this: