...

Realiti hidup dalam SATU

Bismillah….

‘It is in that which you love the most that you find the greatest tests’ (Yasmin Mogahed)

Bila terlalu mencintai seseorang, maka timbullah ujian demi ujian, satu persatu, non-stop, sampai di satu tahap kau terfikir tak mampu nak move on lagi. Tapi rupanya kau masih mampu melangkah walau kaki melecet. Tak apa berdarah-darah sebab nanti kau akan tiba di lantai penuh ais dan luka akan sembuh sendiri.

Dalam buku Satu, aku cerita semua benda, up close and personal tentang realiti berkahwin dengan seorang warga asing – oklah, what the heck – warga Afrika, senangkan cakap straight forward?

Tentang persepsi segelintir (yes, tak banyak, but they do exist) masyarakat local yang kurang bergaul dan tidak terbuka minda. Tentang kehidupan seorang perantau yang deritanya tidak pernah mampu digambarkan oleh sesiapa pun.  Juga bagaimana aku memerhati menggunakan mata hati melihat semua kekacauan di satu dunia asing yang tak terfikirkan orang lain.

Obviously, sama ada kau berada di level yang difikirkan mulia, sedang orang lain kau pandang sebelah mata, at the end of the day kau akan nampak realiti: kita ni semua satu. Hidup dalam satu dunia, kemudian berkongsi satu mimpi, iaitu ingin menggapai bahagia.

Nothing less, and definitely, nothing more.

Sebuah pengkisahan yang datang dari jiwa meronta.

Mengharap semuanya akan jadi smooth macam gosok sutera licin, tapi rupanya seterika rosak half-way, terbakar dan kain jadi rabak.

FOLLOW IG: paolakira669

Leave a Reply

%d bloggers like this: