...

15 tahun terpisah, Kak We kongsi 11 tips PJJ

 

Kak We bersama anak bongsunya, Hikma (standing).
15 years of LDM and still counting

 

Distance means so little, when someone means so much.

About long distance marriage (LDM) atau perkahwinan jarak jauh (PJJ).

Siapa dalam kasut yang sama, angkat tangan? Oh yeah. Penat, kan? Penat menunggu, letih buat kerja sorang-sorang, tired of crying every single night wishing that person you love lying on the same bed. Jari pun naik lenguh asyik menaip hantar message kat WhatsApp, and video calls seem to be too ordinary now and dull.

But at the same time, ia satu cabaran yang mengujakan. Bayangkan kerinduan yang menggunung. Perbualan yang tak dapat ditahan-tahan kerana terlalu banyak yang nak dikongsi dan diceritakan walaupun melalui Skype yang terputus-putus connectionnya. Panggilan telefon yang ditunggu-tunggu waima dapat cakap beberapa saat pun jadilah buat hilang rindu dapat dengar suara. Boleh imagine?

Ok kejap nak clarify. LDM is not terpisah sehari dua ya. Ramai orang perempuan merengek kena tinggal suami selama sehari kerana 24 hours seems to be too long for her. Sehari macamlah tujuh tahun. Sebab dah biasa berkepit 24 seven. Dah addicted kena belai setiap hari. So kalau si sayang hilang sehari is ‘I kennot tahan’. Dan yang kelakar tak bersama sehari tu sebab sorang kat Shah Alam dan suami di Sabak Bernam. They also want to be known as LDM couples. Oh, please. Don’t do this. Don’t make couples who practice LDM even read this. They might muntah hijau. Or anything. Kalau kau tak mampu tempuh LDM takpe but don’t say a word. Ia mungkin menyentuh perasaan kawan-kawan yang tak jumpa suami/isteri untuk satu tempoh yang agak lama.

Yang tak pernah merasa LDM, memang susah nak faham apakah perlu berpisah dalam perkahwinan. Then people start questioning, why did u get married at the first place? Jawapannya tak ada. Kalau aku, aku akan kata, ask God. Sebab takdir Dia, bukan aku yang buat atau karang. It’s all written in His book. Yang semua pasangan LDM perlu yakin ialah, ia untuk kehidupan yang lebih baik, jika bukan sekarang, sudah tentu untuk masa depan. Ada orang rezekinya tertulis bukan di tempat di mana isteri/suami berada. Ada yang mahu pergi ke extra length untuk mencari sesuap nasi. Sebahagian besar mungkin ditugaskan bekerja di satu kawasan lain. Ramai juga yang menyambung pelajaran di luar negara. So u can’t say.

Bagaimanapun, on the other side, LDM bukanlah satu perkara yang membanggakan. Ia tidak sihat untuk kesejahteraan hidup suami isteri bagi jangka masa panjang. Mana-mana satu pihak akan rasa tidak dipedulikan. Terpinggir. Makin teruk jika dalam kesunyian kerana kekurangan kasih sayang datang orang lain yang memberi harapan. Kalau tak betul kuat iman, kau akan wreck macam kapal Titanic. Makan dalam macam iceberg, nampak langgar sikit di bahagian atas rupanya tak sedar kau hentam sangat kuat bahagian paling besar di bawah. Then tenggelam. Jauh, jauh kat dasar.

But.  Distance doesn’t ruin a relationship. Doubts do.

Jika kau tahu matlamat dan sebab mengapa kau berada dalam LDM, kapal gerenti tak akan tenggelam. Kalau hati kau utuh, tak akan ada apa pun yang akan roboh.

Cerita kencang pun nanti orang tak akan percaya. Then please, meet my sister, Kak We, 51. Kau rasa LDM tu dongeng but she will tell you, dalam 51 tahun usianya, dia LDM selama 15 tahun. Bukan on and off, tapi memang 15 tahun straight tak jumpa. Ok boleh hantuk kepala kat dinding kalau tak percaya.

Got married in 1995, hanya lima tahun pertama mereka tinggal bersama kerana suaminya berhijrah demi masa depan yang lebih terjamin untuk anak-anak. Kata Kak We, suaminya berpegang pada prinsip bahawa dia ketua keluarga yang bertanggungjawab memberikan nafkah untuk keluarga dan memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik. Disebabkan itu dia memperjudikan nasib di negara maju sehingga mampu menjaga isteri dan tiga anak yang kini semuanya pada usia belasan tahun, tanpa mereka perlu berbuat apa-apa. Dua anak Kak We kini belajar di kolej dan yang bongsu di tingkatan empat.

Kak We berkongsi rahsia bagaimana mereka menyemarakkan cinta tanpa bertemu selama 15 tahun! Dan ia masih berkembang mekar sehingga hari ini mencecah usia perkahwinan selama 22 tahun.

Here goes. And I quote:

  • Betulkan niat. Kata Kak We: “Being Muslims, we depend on Allah, we put our trust in Allah, we pray, we cry, mengadu our worries, our sadness, loneliness, fears, expectations, our everything to Almighty. If we are not close to Allah, tak mungkin the marriage will survive kerana ingat, kita berkahwin kerana Allah. Jodoh kita Allah yang tentukan.
  • Trust in your partner. You can’t see what he’s doing. He can’t see what you’re doing. So you’ve got to earn his trust, as he’s got to earn yours. Alhamdulillah, I’m married to an honorable man. He teaches me to fear Allah because he may not see what I do, but Allah is All Seeing. When he himself fears Allah, he himself gives me the peace of mind that carries me through the days.
  • Gaining his trust: always minta izin suami bila nak keluar, nak buat apa saja, nak decide apa-apa semua dalam pengetahuan dan dengan izinnya. Bila dah nak keluar, bagitahu dia dan bila dah selamat pulang, check-in pada dia juga. Walaupun suami tidak ada di sisi dan tak lihat kita apa yg kita lakukan atau ke mana kita pergi, tidak bermakna kita bebas do as we wish. Dia tetap suami dan kita tetap isterinya.
  • Appreciation & communication is top priority. Hari-hari contact, via call or WhatsApp. Tanya khabar hari-hari, exchangelah kata-kata bunga cinta kerana itulah penguat PJJ. Orang yang tinggal sebumbung, tidur setilam pun bila outstation dua minggu, belum tentu contact suami or isteri tanya khabar.
  • Silence is golden. Tipulah kalau tak gaduh, sedangkan lidah lagi tergigit. Orang lelaki kalau tengah hot, orang rumah baik diam je tak kira PJJ atau tidak. Dah lama berPJJ, you learn to keep silent. Bukan tak nak dengar, tapi tak nak melawan. Jadi tak kuasa nak berdebat. Why? Pasal kita tak boleh ‘make up’ macam korang yang tidur setilam tu…
  • Sorry is not the hardest word. Saling memaafkan. It wasn’t easy cos I’m not the forgiving type. Tapi kerana suami selalu minta maaf, lepas gaduh, or just minta maaf kerana tinggalkan kita lama, saya pun terikut. Jadi sikapnya yang selalu minta maaf, mendidik saya untuk sentiasa memaafkannya dan orang lain. And that keeps me at peace with him and everything else.
  • Jaga pergaulan. Jauhi daripada berinteraksi secara sosial dengan orang yang bukan muhrim iaitu lelaki lain. Walaupun setakat kawan saja. Walaupun setakat chatting dan lain-lain. Pengaruh syaitan sungguh kuat. So abstinence is the best way.
  • Two heads are better than one. Just because your significant half takde, doesn’t mean you plan and decide by yourself. You have a husband, so plan together and make joint decisions.
  • Turn a deaf ear. Orang cakap macam-macam. Ada puak-puak yang tak ada perasaan sensitif langsung. Tak perlu nak perjelaskan pada mereka a-z. Too much effort.
  • Berdikari. Jangan risaukan suami dengan perkara-perkara yang kita boleh solve sendiri. Kita haruslah tahu berdikari dan settle banyak perkara sendiri. Termasuklah hal-hal kerosakan kereta, peralatan rumah, pentadbiran rumahtangga dan hal-hal persekolahan anak-anak. Cukup kita report saja problemnya.
  • Keep busy, dengan anak-anak, hantar ke sekolah, ko-ku, tuisyen, kerja rumah, bekerja. Don’t let your mind idle je, bila busy, takde masa nak pikir perkara-perkara yang merepek.

Cukup sebelas. Sebagai tambahan kepada point nombor sepuluh, if you wanna know, Kak We memang seorang wanita cekal who-knows-everything. Dia boleh bertukang betulkan kerosakan simple-simple di rumah, tukar lampu, cat rumah, pasang langsir, betulkan paip bocor. Hal ehwal lain termasuklah tukar minyak hitam dan tukar tayar kereta sendiri. Other than that, she is known as someone yang terer bab petua. Kalau anak demam nak buat apa. Boleh buat cool fever sendiri. Kalau lenguh kaki nak buat apa. Kalau kepala sakit nak kurangkan macamana. Dan segalanya. I just love being with her sebab her motherly nature buat aku rasa dimanjakan mak di rumah.

Dan cinta pasangan LDM tu so sweet bila aku saksikan suami Kak We sentiasa concern, tanya kenapa dia online sampai lewat malam padahal Kak We sekadar melayan karenah kami adik-adiknya dalam group. Kalau husband bengkek, Kak We selamba cakap: ‘You makin handsomelah kalau marah…’.

Wah suami mana yang mampu naik angin kalau macam ni?

Ada siapa berani nak jadi macam Kak We? Sanggup 15 tahun? Tak mampu gi duduk diam-diam kat birai langsir sana. Cukuplah sekadar mengambil semangatnya.

But of course, sebagaimana isteri-isteri LDM, Kak We sangat percaya:

“One day the plane ticket will be one way”.

xoxo

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: