...

To all the pretty girls I love…

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Bahan bacaan kali ini khusus untuk all my sisters yang berkenaan. Maaf aku menulis dari scoop di mana aku berada dalam komuniti itu. But it can happpen to anyone coz human is human. They are good and bad people regardless whatever race they are.

Tergelintir dan terjatuh, but I tell you what, you can rise again. Here goes…

Aku tahu ramai yang ingin, atau telah menjadi kuat demi cinta. Terutama kalau pasangannya bukan sebangsa, the struggle menjadi lebih hebat kerana terlalu banyak benda yang kau perlu pertahankan. Let me be straight, kita cerita tentang partner yang berasal dari benua yang ada 54 negara tu – Afrika. Kenapa? Sebab depa ni yang banyak orang Malaysia kisahkan dan concern. Orang Malaysia tak peduli kalau kau couple dengan mat salleh atau orang Arab atau orang Pakistan waima Nepal atau Bangladesh pun. But they give extra care when your partner is from Ghana, or maybe Nigeria, or Gabon or Burkina Faso atau Zambia – yang most of them categorize satu je – negara Afrika. Lagipun as a writer,  I was there too so senanglah pengkisahan melalui pengalaman. Kan gitu.

Disebabkan rupa paras terutama skin colour dan texture yang berlainan, kau kena tahan digosip dan (mungkin dimaki) kerana ingin bersama pilihan yang totally kontras. Menjadi perhatian ketika berjalan dan kerana kau seorang yang tabah dan pencinta terbaik, kau jeling balik mata-mata yang memandang sambil mengeratkan pegangan tangan so that they get the message: ‘You think I care??’. Begitu. Yeps. Kalau di’stare’ dengan hebatnya oleh seorang dua awam, kau akan jegilkan mata sambil berkata: ‘Apa tengok-tengok??’. Ya macam tulah protective and cintanya sesetengah kaum Hawa terhadap encik awang hitam mereka.

And definitely these lovely ladies – some are really impressive to the extent boleh bercakap dalam bahasa style mereka dengan begitu lancar, tak kurang yang sanggup tahan gatal kepala sebulan dua bergaya dengan braiding hebat selain pakai kain ankara 24/7 more than their mom in laws. They feel so connected dengan budaya Afrika sampai makan asam pedas sedap pun tolak tepi. Now they are into suji dan egusi dan kalau geng Ghana tu fufu dan banku.

It is lovely to see such things, until something happens in their relationship.

Wanita-wanita Melayu are known dengan kelembutan dan sifat kasih sayang tidak bertepi. Mereka biasanya kekasih yang loyal dan sanggup meredah lautan api. Yes as above mentioned lah. Tapi most of them juga begitu mudah dikecewakan. Ada sesetengah (read: NOT ALL) penyangak Afrika ni yang betul-betul haprak dan tak menghargai apa yang telah dilakukan untuk mereka. Ada yang tak kisah langsung pengorbanan tahap apa yang kau dah buat dan humiliation jenis apa yang kau dah go through, yang diorang tahu: they do what they want.

Spesis ni (read: NOT ALL) boleh pasang lagi dua tiga tanpa rasa bersalah walau setitik pun. Tak kurang juga jenis panas baran dan akan hentak kepala kau kat dinding tak kira masa. Yang paling jahanam jenis buat siksaan emosi dan selalu henyak dalam minda kau kalau tak kerana diorang, you are nobody. Nobody will even date you. Sebab kau gemuk dan tak cantik (contoh). Or they will say nobody will date you sebab kau dungu. Hanya diorang saja wira penyelamat yang datang dari langit ketujuh dan disebabkan itu, kau kena terima apa sahaja yang mereka buat. Dan perempuan Melayu terakhir ni akan hanya mampu menangis teresak-esak mengenang nasib diri kerana mereka ada satu je masalah dalam diri: terlampau sayang. Dang!

Sisters, please be wise enough to see that abusive relationship is rubbish. Not healthy. Jahanam.

Yes for whatever reason kau tak sepatutnya ditreat seperti kain buruk. Because you are a gem. Bila seorang lelaki bagitau yang dia naik tangan untuk mengajar kau, itu ajaran sesat. Itu aksi membodohkan secara terang-terangan. Tindakan membuta tuli yang menghancurkan. And worse when you think it’s okay to be hit. Paling teruk bila kau ingat itu memang salah kau and you deserve to be kicked. WRONG. Remember we need men who ruin our lipsticks, not our mascara. Never.

No matter kejahatan apa yang kau buat, seorang lelaki sejati takkan sanggup menjentik pun. They talk, they persuade, they discuss. Bukan buat bibir kau berdarah. Atau tinggalkan cop lebam-lebam kat muka. Lepas tu minta maaf tak buat lagi. Guess what, makin kerap mereka minta maaf, makin selalulah dia naik hantu.

Focus on you goals, sweetheart. These men only want to waste your damn time.

RISE.

In the next issue aku akan share cara-cara untuk menjadi fokus dan deviate fikiran kau dari unsur-unsur yang menjahanamkan. For now on, stay strong, stay pretty and stay blessed coz…

‘One day you’ll be the best thing to ever happen to someone’ – r.h sin

 

2 thoughts on “To all the pretty girls I love…

  • April 21, 2017 at 2:29 am
    Permalink

    Thank you Poala for this reminder. #AfroAsianQueen 🙂

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: