...

Teladan dan sempadan kisah Adam

Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillah Ramadan ke-28.

Semalam adalah hari yang agak emosional. Seminggu dua sudah pun agak susah nak move on setelah kehilangan dua kakak tercinta akibat kanser. Kemudian mendapat berita tentang seorang anak kecil yang pergi dalam keadaan menyedihkan. Secara logiknya aku tak perlulah nak terasa apa kerana anak itu bukan siapa-siapa pun kepada aku. Lagipun, baru je dapat tahu semalam kisah panjangnya, then why should i even worry?

But obviously, as a mother dan manusia berperasaan, of course I do care. Korang semua jugak, kan?  Kerana apa sahaja tragedi yang menimpa seorang kanak-kanak malang walaupun tak ada pertalian saudara, automatically kau akan rasa terkesan. Masih ingat kisah Dirang yang kena bakar? Atau Nurin Jazlin yang dikerat-kerat? Yes kalau ingat itu tandanya kau concern teramat dan still tak boleh let go cara mereka pergi yang teramat tragis.

Rentetan kisah Adam semalam, bertalu-talu orang pm dan dm aku bertanya, siapa ibunya? Demi Allah aku pun tak pernah kenal siapa wanita itu. Dia tak pernah tersenarai dalam friendlist aku ataupun terkategori antara yang pernah membeli Winter di Afrika. Dan jujurnya I have no idea apa sebenarnya yang terjadi ke atas Adam selain rumours mengatakan dia menjadi mangsa dera. Wallahualam. Aku sempat bercakap dengan nenek anak lelaki malang itu dan beberapa kawan baik ibunya, but still, who are we to judge? Kita marah pung pang pung pang dengan apa yang terjadi, tapi tak tahu pun kisah sebenar. Well everybody is innocent until proven guilty. Kalau kurang pasti, lebih baik tak payah cakap. Biarlah pihak berkuasa buat kerja dia.  Buat masa ni sedekahkan al-Fatihah kepada arwah adik Adam dan berdoa semoga rohnya straight ke jannah. Amin.

Anyways setiap musibah yang berlaku selalunya adalah sempadan yang berguna untuk kita. Sekurang-kurangnya menjadi pengajaran. Aku percaya semua orang yang baca kisah Adam semalam akan terus berpaling dan peluk anak masing-masing sambil berbisik: I swear this will never happen to you, my love! Reality of life adalah, kisah orang lain biasanya akan menjadi a very good lesson to us.

Bersyukurlah bila Allah akhirnya membuka pintu hati untuk menyedari satu hal yang mungkin kita terlupa selama ni. Lupa untuk memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak. Lupa yang mereka sangat mendambakan perhatian, tapi kita terlalu sibuk dengan hal-hal lain. Kealpaan adalah satu kebinasaan dalam diam. Mulanya kau ingat tak ada hal kalau anak-anak panggil dan kau tak menyahut. Bila Allah slowly tarik nikmat dan mereka terlentang sakit, waktu kau panggil-panggil nama mereka namun tak mampu beri respons lagi, barulah sibuk terkenang betapa lincahnya anak aku dulu!

Anak adalah pinjaman peribadi Allah kepada kita yang tak seharusnya dipersia. Walau kau kaya macamana pun, atau tidak berduit sampai terpaksa mengemis. Biar dilanda masalah peribadi maha hebat. Amanah Allah jangan kau buat main-main. Sebab tu namanya amanah, kau kena jaga dengan baik sebelum pulangkan kepada tuannya. Tengok kat luar sana berapa ramai yang beratur luar JKM semata-mata nak dapat anak angkat. Dan sebahagian besar yang sabar berubat dengan  Dr Hamid Arsyad dan buat IVF nak dapatkan anak sendiri walau bertahun-tahun mencuba dengan beratus ribu duit habis. Sedang kita yang ladang subur saja selepas ditabur benih mudahnya mengambil ringan kebajikan anak-anak sendiri. 

Jadi ibu dan wanita khususnya, kitalah yang selalu kena kuat semangat. Kadang-kadang banyak benda sangat menyendat dalam otak sampai tak ambik kisah hal anak-anak. Kita lebih mahukan perhatian suami dan kasih sayangnya dan lupa nak curah kasih sayang tu kepada si kecil-kecil.  Ada petua sebenarnya untuk jadi wanita yang lebih fokus dalam hidup. Semalam sempat aku dengar ceramah seorang ustaz YouTube yang sangat logikal hujahnya. Tentang pergantungan jiwa.

Katanya, Imam Syafie pernah mengatakan:

‘Jika kamu meletakkan pergantungan dan harapan kamu kepada makhluk, maka ketahuilah kamu sedang bersandar kepada sesuatu yang lemah, yang sentiasa mengecewakan dan menghampakan kamu.’

Simple dalam pemahaman aku yang dangkal ibu agama ni, hidup kita sebenarnya perlu bersandar kepada Allah SWT semata-mata, walau dengan siapa pun kita bersama. Sebab manusia, tak kira lelaki atau perempuan, macamana sayang pun kita, dia pastinya boleh/mampu/akan menghampakan. Lumrahnya hati manusia sentiasa berbolak-balik, tidak kekal. Suami yang kau sayang, boleh memilih untuk kahwin lain. Isteri yang kau cinta boleh tinggalkan kau begitu saja. 

Tapi kalau keyakinan hanya pada Allah, Dia tak pernah menderhakai kita. The more you love Him, the more He will love you back. Tak perlu banyak sangat berduka jika dikecewakan manusia, sebab kalau kau yakin dengan janji Ilahi, sudah pasti akan diganti kekecewaan itu dengan yang lebih baik. Merintih dan mengadu saja pada Allah sebab Dia Maha Mendengar. Kalau bercerita kepada manusia, entah di belakang kita diketawakan. Kalau merayu cinta manusia, entah dia meletakkan banyak syarat sampai kau sendiri keliru.

Tapi Allah, He will not burden your soul beyond that it can bear. (al-Baqarah, verse 286)

Jumaat hari ini, mungkin kita boleh jadi perempuan yang lebih bijak jika berfikir setapak ke depan. Think. Be wise. Never ever be afraid to be a brand new person. Kalau otak kita tak pening dengan banyak perkara yang tak perlu diirisau, barulah boleh fokus dengan tenang urusan menjaga amanah Allah – iaitu anak-anak. 

And always remember du’a  works, but worrying doesn’t.

Keep on being strong.  xoxo

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: