...

Cinta Kholdi – sebuah review

 

 

 

 

 

 

 

 

Ramai mengeluh tak dapat tengok telemovie ni semalam sebab tayangannya di Hypptv. Tapi jangan risau semua peminat Kaiho Rikambura, sebab sebuah lagi telemovie pakcik ni akan disiarkan di Astro Warna pada 16 Jun bertajuk Cinta Bae Kicap. Gitu.

Cinta Kholdi sebuah romantik komedi yang pertama kali memaparkan kisah percintaan antara dua benua, seorang gadis Melayu dengan pemuda dari Namibia. Pertemuan tak sengaja apabila Wani terjatuh dari pokok dan Kholdi datang menyelamat lantas melahirkan bibit-bibit cinta. Sebelum tu digambarkan yang  Wani diminati kawan baiknya sendiri, tapi direject keras sebab Wani menganggap dia hanya kawan sementelahan mamat tu ada personaliti ‘sesuatu’.

‘Cinta tak boleh dirancang, cinta tak boleh diduga’ – itu yang Wani bagitau pada kawan sebutik bila ditanya kenapa dia memilih orang kulit hitam daripada Melayu kita. Wani juga terpikat dengan keikhlasan dan kejujuran Kholdi, selain sifatnya yang romantik. Kholdi selalu bermain dengan kata-kata manis selain membuat kejutan-kejutan macam deliver makanan dan bunga. Dia juga berterus terang dengan status diri sebagai seorang pelajar PhD, yang pada masa terluang akan membuat kerja-kerja membaiki barang elektronik, cat rumah dan juga mesin rumput. Hehu.

Kholdi kata: ‘Cinta itu kejujuran, dan kejujuran itu cinta’ – sebelum dia memutuskan untuk bertemu parents Wani bagi berkenalan lebih rapat. Bagi Kholdi kejujuran dirinya kena dizahirkan dengan keberanian untuk berdepan keluarga kekasih hati. Ujian pun bermula, apabila kehadiran Kholdi ke rumah Wani amat mengejutkan seisi keluarga, dan menerima tentangan hebat mak dan adik lelakinya yang pertama. Bapak Wani somehow or rather macam agak sporting walaupun keputusan banyak dipengaruhi isterinya. Kholdi cuma sangat rapat dengan adik Wani yang bongsu kerana hanya dia yang boleh terima lelaki itu seadanya.

Sepanjang di rumah Wani, Kholdi menunjukkan dirinya sebagai jejaka yang baik apabila tak pernah tinggal solat, bantu siapkan sarapan, siap tolong buat rondaan kampung dengan ayah Wani lagi selain membantu bakal bapak mertuanya tu di restoran. Walaupun dicemuh dengan hebatnya oleh bakal mak mentua (Rasyidah melakonkannya dengan baik sekali – orang lama), Kholdi diam dan tersenyum saja dalam setiap situasi. Sampailah pada hari terakhir masa Kholdi nak balik, mak Wani terang-terangan beritahu yang dia tak mahu Kholdi sebagai menantu. Ayah Wani bagi satu ayat power – ‘Kalau hitam pilihan kau, hitam jugaklah masa depan kau nak…’ – membuatkan Wani patah hati dan sadisnya, mereka terpaksa berpisah.

Moral baiknya di sini adalah Wani patuh pada kemahuan ibu ayah kerana mendambakan restu mereka sampai rela mengorbankan cinta. Siapa pun penulis skrip drama Cinta Kholdi atau pengarahnya telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna melalui peringatan secara langsung ini.

Tak berakhir di sini, selepas pemergian Kholdi, keluarga Wani dilanda musibah apabila ayahnya berdepan masalah hutang dan ibunya pula disahkan sebagai pesakit buah pinggang. Dan klise sebuah drama Melayu haruslah superhero datang tepat pada masa jadi penyelamat…

Jalan cerita telemovie ni straight forward dan santai saja, bagi aku kombinasi Man Raja Lawak dan Rasyidah Jaafar sebagai parents Wani sangat cute. Mereka antara penyumbang terbesar untuk memastikan lawak cerita ni konsisten dan bersahaja dari mula sampai akhir. Aisya Hasnaa sebagai Wani pun best kerana gaya lakonan hebat macam pro walaupun mungkin pendatang baru. Dia pandai buat mimik muka dan nampak macam boleh pergi jauh.

Kaiho walaupun flaws bersepah sana sini (termasuk terpandang kamera few times huhu) tapi usahanya untuk bercakap dalam bahasa Melayu 98 percent dalam telemovie ni memang sangat terpuji. Gaya lakonan Kaiho mengingatkan aku pada banyak filem-filem Ghana dan Nigeria – terutama pada reaksi muka dan karakter macam suka buat macam-macam gaya kelam kabut dan juga menari.

Over all lakonan Kaiho tak nampak cacat dan imagine kalau drama ni dalam bahasa Inggeris, rasanya dia boleh buat lebih perfect sebab takde sekatan nak express feelings cinta tu.

Jujurnya, ada tiga kali kot aku came across lakonan warga Afrika dalam movie di Malaysia. First sekali dalam filem Andartu Terlampau: 21 Hari Mencari Suami lakonan Haliza Misbun. Dalam filem ni, abang hitam manis muncul last sekali sebagai kekasih Haliza. Pun cerita kelakar.

Kemudian, Aku Bukan Malaikat lakonan Umie Aida sebagai keldai dadah dengan Beto Khusyairi. Dalam telemovie ni dalam 20 orang pelakon Afrika diambil, kesemuanya pelajar masscomm kot di bawah arahan Erma Fatima. Drama ni best sebab menggambarkan macamana anak Melayu kita terperangkap jadi keldai dadah hanya kerana duit. Last sekali barulah kisah abang Kaiho ni.

Semuanya menarik namun masih tak mampu nak menggambarkan senario sebenar. Cukuplah sekadar orang tahu bahawa warga Afrika tu manusia – baik atau jahat bukan kira pada bangsa. 

How I wish, I wish sajalah… drama atau filem tentang percintaan campur ni dibuat dalam genre serius, bukan komedi. Lebih banyak emosi bakal terganggu dan air mata tumpah jika perjuangan cinta antara dua benua ni digambarkan dengan seluhurnya. Ada yang sehebat Romeo Juliet, Laila Majnun malah Bonnie & Clyde. Kesukaran yang terpaksa mereka lalui sebelum, sesudah dan masa depan yang belum tentu cerah.

Ya, ramai orang Malaysia mahu tahu bagaimana wanita yang berkahwin dengan warga Afrika menjalani hidup mereka. Tentang mempertahankan diri sendiri dan maruah suami. Menjadi perisai kepada anak-anak yang sering jadi mangsa cemuhan kerana berbeza rupa dan warna kulit. Bagaimana wanita-wanita cekal ini berjaya melangkaui tembok budaya, dan masih menjadi diri sendiri. Ini perlu sesekali didramakan supaya masyarakat tahu bahawa realiti hidup ini bukan hanya ada kisah wanita hijabista cantik berkahwin dengan pilot hensem yang kemudian berjaya mengubah hidupnya.

Realiti hidup termasuklah sebahagian kecil wanita yang berjuang atas nama cinta, yang dengan keberanian tertinggi terbang ke negara asing dan menyesuaikan diri dalam budaya yang tak pernah dia imagine pun. Yet she survives. And yes, itu cinta.

Untuk Cinta Kholdi, aku bagi * * * setengah bintang, out of five. Sebuah drama yang sangat menghiburkan. Pick-up line dalam movie ni:

‘Ada yang tertinggal….

‘Hati dan perasaan itu tertinggal di sini…’

xoxo

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: