...

Daughters are your first friends, best friends & forever friends

Bonding time. Walau bertiga, tetap mengharap keberkatan yang lebih baik.

 

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi menjenguk Ramadan tahun ini, syukur Allah masih lorong peluang untuk aku mengecap nikmat hidup yang tidak bertepi. Biarpun tahun ini fasa dan status berbeza sekali, hanya Ilahi  yang mengetahui hikmahnya.

Seperti tak bererti siang tanpa bertukar baton menjadi malam, hidup aku, macam wanita lain jugak, tak complete tanpa manusia dua orang ni. Biar kadang separuh gila dikerjakan, anak-anaklah yang telah menjadikan aku perempuan tabah, yang semangatnya datang entah dari mana. Tapi selalu ada. Pada saat yang terlalu sukar, dan tersangat lemah, ceria mereka menjadi magis yang mengubat semua duka. 

Tak tahu entah berapa juta perkara aku belajar dari si kecil dua orang ni. Dan sudah tentu anda semua.  Kita semua pon tak akan perasan. Mereka perlukan perhatian lebih dari segalanya. Tapi aku tak selalu ada. Dalam 24 jam, 12 jam adalah untuk kerja. Baki-baki yang bersisa adalah proses hantar/ambil dari sekolah juga waktu tidur. Yang tinggal mungkin sejam dua untuk mandi dan bergurau senda.

Selebihnya apalah detik yang tinggal. Sedar sedar aku hanya mampu mengucup dahi selamat malam, dan esok bangun berlari mengejar rutin seperti biasa.

To all working mammas, biarlah tinggal sejam pun masa, isi sefaedahnya. Ada sebab kenapa kita malahirkan zuriat dan sudah pasti reasonnya bukan untuk mereka jadi bahan hiasan dan butik bergerak semata gayakan pakaian budak berjenama.

Kalau kau ibu paling busy dalam dunia, ini antara tips cara aku untuk kekal bonding dengan anak tanpa mengetepikan career. Dengan masa yang sangat limited but Insya Allah ia memberi makna.

1. Waktu cuti jangan ada aktiviti lain, selain bersama anak-anak. Dulu aku selalu campak depa ke playground supaya aku boleh sibuk dengan handphone. Sekarang dengan aku-aku pun blow giant bubble tengah padang Setia Alam dan lari main kejar-kejar satu bulatan. Kemudia kami sama-sama berendam dalam pool jadi dugong. 

2. Pagi: breakfast bersama tanpa skip. Aku ada 4 jam sahaja selepas jam 7 pagi untuk siapkan semuanya sebelum bergegas meeting jam 11 di ofis. Selepas mandi semua akan duduk depan tv, pakai baju sekolah dan kemudian makan roti cicah milo sambil nonton Didi n Friends. 

3. Ulangkaji together. Style aku yang busy macam bini PM ni adalah revision dalam kereta. Sambil memandu buat dua tiga kuiz ejaan dan sapa betul dapat sebijik gula-gula atau special treat lepas waktu sekolah. Masa rambut kerinting menggunung dulu sambil-sambil pintal kita reviewlah Matematik sama-sama. E.g Cuba kira berapa banyak tocang atas kepala Kira?

5. Ganjaran mingguan. Ni style ibu cheapskate macam aku yang tak belikan mainan mahal. Terpulanglah style masing-masing. Seminggu sekali waktu cuti aku akan bawak depa pergi kedai RM2 and: choose what you want. Atau pegi Karangkraf Mall or Popular pilih buku yang berkenan. So budak-budak hepi dapat beli apa yang diorang rasa nak. Harga tolak tepi coz kids do not value things by price. 

6. Ibadah bersama. Ini bonding untuk jiwa-jiwa yang haus selain mendambakan kekuatan spiritual dari Yang Maha Agung. Ramadan aku angkut depa bawak pegi tarawih walaupun baru pusingan ketiga Kira dah bukak telekung dan memanjat-manjat aku yang terbongkok-bongkok rukuk. Bila dia mula spin 360 darjah atas lantai, itu ujian kesabaran tahap dewa. Tipsnya pastikan dalam handbag always ada lolipop ke, sugus ke apa untuk dijadikan umpan dan digunakan masa kecemasan. 

Yang bagusnya sentiasa berada di tempat awam boleh buat kau kawal rasa marah dan bajet cun, walau diperlakukan semahunya oleh anak-anak. Ia jauh lebih baik dari berada di rumah yang kemudian kau hadiahkan diorang jeritan pitch tertinggi atau sebuah pukulan keras tanpa belas. 

Oh ya. Anak kedua aku, Kira adalah gadis tantrum sepanjang zaman. Dia mudah bengkek, easily get mad over nothing dan tak boleh salah sikit, melenting. Sebelum ni aku tak tau tangani tantrum, aku end up menjerit suruh diam. Tapi yang aku dapat ialah dia makin loud. Lama-lama melalui bacaan dan pengalaman, aku restrategy.

Ubat tangani tantrum:

1. Kalau kat rumah. But actually tantrum tak berlaku di rumah. Yes it is. Sebab kat rumah takleh nak attract attention sesiapa and they know if they do it, bolayan. Bazir air mata. 

2. Kalau kat tempat awam. Remind ourselves that don’t simply get them whatever they want. Don’t fall.Berani berkata tidak. Kalau dia tu tunjuk mainan harga RM200, pujuk and bawa dia ke tempat mainan harga RM20 dan nyatakan kebaikan-kebaikan mainan tersebut dengan muka slumber confident.

3 Kalau dia start spin on the floor untuk dapatkan sesuatu. Jangan panik! Biar dia melalak dulu. Pastikan muka tebal 10 inci untuk melihat gelagat orang ramai yang suka bagi ‘the look’. The look probably thinking yang kau saja suka-suka bagi anak melalak or depa ingat kau baru lepas tibai budak tu. Datang peluk dan baca tiga kul.  Insya Allah. Deviate their attention. Tunjukkan ice cream place and mainan pusing-pusing.

4. Selalu bawak stroller atau heretlah at least supermarket punya troli. Kalau keadaan tak terkawal masukkanlah depa dalam tu. Jadi kalau mengamuk ke apa bolehlah kita cepat-cepat tolak ke destinasi selamat.

Mommy kat luar sana mesti ada banyak lagi cara tangani tantrum. Especially yang ada anak kecil lebih tiga orang. Pasti lebih hebat pengawasannya. Boleh kita kongsi?

Apapun anak-anak adalah the best thing ever happen dalam hidup kita. Jangan ketepikan keperluan mereka, namun didik untuk tolak benda yang tak perlu. Bonding adalah the best way untuk kekalkan kasih sayang dan bagi diorang makna untuk lebih menghargai Mommy n daddy.

Salam 2 Ramadan. Semoga istiqamah, till the next post. xoxo

Leave a Reply

%d bloggers like this: