...

Di Sebalik Winter di Afrika

[Best_Wordpress_Gallery id=”11″ gal_title=”Article DSWDA”]

Setahun lepas ketika menghasilkan Winter di Afrika (WDA), aku tak tau siapa yang sudi baca kisah ini. Siapalah saja yang mahu tahu apa yang aku lalui. I mean, who cares?

Tapi penerbit kata, don’t worrylah. Ini benda rare. Ada berapa orang rakyat Malaysia yang dah pernah pegi Ghana? Kan? Ye tak ya jugak.

Saat dilancarkan April 2016 dengan penuh debar di hati, aku terpacak di Maeps sepanjang hari hampir setiap waktu cuti untuk saksikan sendiri betul ke orang Malaysia ni suka baca benda-benda rare ni.

Ramai yang singgah ke booth, selak-selak sikit je buku aku. Yalah masa tu tak ada nama, sapalah kenal makcik Paola ni. Ada jugak yang sudi pegang, tapi bila baca Afrika kat situ (kot) terus letak balik. Hari-hari balik rumah aku menangis. Macamnya susah nak push buku ni. Adakah sebab nama Afrika di depan tu? Atau gambar anak-anak aku tak cun?

Tapi Alhamdulillah, tak sangka. Dan memang betul pun, biasanya kita mesti suka baca cerita yang ada kaitan dengan diri sendiri kan?

Disebabkan itu, ramai sangat cik kak yang kahwin dengan warga Afrika di negara ini menjadi reason aku senyum sampai ke hujung telinga. Mereka sangat supportive, walaupun suami-suami bukan orang Ghana dan tak ada sebab mereka perlu baca kisah negara itu, tapi tetap beli WDA sebagai tanda sokongan padu kepada aku.

Paling nak berjurai air mata bila beberapa orang yang aku tak kenal dan hanya jumpa di FB saja sanggup datang carik gerai Buku Pojok yang tersorok semata-mata nak jumpa, salam dan bagi semangat sambil-sambil selfie sedas dua. Siap bawak anak-anak remaja dan anak-anak kecil juga bayi-bayi sihat, merempuh selautan manusia yang dahsyat.

Kemudian runtuhan mesej bertalu-talu dari inbox media sosial sampai hampir meletup penuh. Selain pertanyaan nak beli buku, ramai yang minta tips untuk tenangkan fikiran berhadapan dengan kata-kata masyarakat, tips berjauhan dengan suami, tips macamana nak mulakan kalau nak kahwin (yang ni beratus), tips bawak anak kecil travel (pun ada) dan tips pounding fufu (eh?).

Rupanya bukan orang yang kahwin dengan warga asing je sudi tatap, berlambak kaki travel ada yang sampai nak ikut aku balik Ghana. Tetiba ramai pulak yang pandai sebut etesen, akwaaba, medowo etc.

Beberapa pesakit kronik yang dalam keadaan down malah terlantar di hospital ketika itu, beritahu aku semangat mereka naik semula setelah membaca WDA.

Paling kelakar ada seorang suami yang gelisah (dia warga asing) tanya aku macamana nak jadikan isterinya orang yang terbuka fikiran. Wifenya tak mahu anak dibesarkan dengan cara Afrika, jangan bagi makanan Afrika, in fact jangan cerita tentang Afrika. Tapi suami Afrika dia nak pulak. Masalah ni pun ada.

Terima kasih dan terima kasih kepada semuanya.

Tapi yang paling manis sekarang sudah tentu menyaksikan soalan-soalan cliche ini terbubar (malah agak jarang dengar dah):

– Ini anak angkat awak ye??
– Eh suami awak n*g*o ekkk??
– Kenapa kaler anak lain??
– Rambut anak buat kat kedai mana??

Sama ada mereka sudah baca Winter di Afrika, atau nikmat sedar sudah berakar umbi dalam jiwa.

Itu adalah kejayaan besar bagi aku, bila mereka baca dan bukan saja suka, malah ketagih dan ingin tahu banyak lagi.

Sedar tak sedar dah setahun aku tulis buku ni.

Ia bermula atas pentas duka sebelum menjadi sebuah konsert gembira.

Tapi aku masih lagi berada di atasnya, menyusun gerak baru untuk terus menari.

Medase paaaa!!! (terima kasih banyak-banyak!)

Follow IG paolakira669

(Caps: Gambar-gambar throwback masa WDA panas baru keluar kilang di Maeps, Serdang pada April 2016)

Leave a Reply

%d bloggers like this: