...

Don’t feel guilty, working mommas!

‘Mommy, adik nak mommy balik cepat hari ni.’

Bukan pertama atau dua kali, rasa dah beratus kali adik pesan setiap kali turun kereta sebelum masuk pintu nursery. Setiap kali tu jugak it stabs my heart like whoa. There she goes again. A four-year-old. 

Aku selalu percaya, hidup menjadi semakin baik setiap hari kerana adanya dua amanah Allah ni di sisi. Life never gets worse even macamana teruk pun ujian yang kau kena hadap. Dan anak-anak biasanya jadi cikgu yang tak jemu ajar kita pasal betapa perlunya fokus pada hidup.

‘Mama, boleh tak kepala tengok depan kalau drive’ – Kalau aku sibuk nak pegang phone masa driving.

‘Mama, boleh tak dengar apa yang Ajwa cakap’ – Bila dia rasa aku macam ignore when she tells me something.

‘Mama ni asyik bukak WhataApp je’ – Bila dia rasa aku macam ignore.

‘Mama boleh kecikkan volume radio tak’ – Bila dia rasa aku macam ignore.

‘Mama tolong pinjam telinga jap’ – Bila dia rasa aku ignore. Giler-giler ignore.

And bila hari-hari diorang komplen and cakap benda yang sama, that’s how I know I’ve been ignoring them. For real.

I always ignore. Sebab aku rasa kerja aku lebih penting. Personal life aku lebih kena didulukan. Hand phone adalah nyawa nombor satu aku. Office jadi rumah pertama aku. And yet I want my children to be penyeri hidup kononnya. Jadi boneka and perhiasan supaya orang nampak my life is complete. Ada keluarga harmoni, anak-anak keletah yang cantik. But really, it sucks. Like how I can be so injustice like that to my own kids.

And that’s how bila Kira beritahu: Mommy, adik nak mommy balik awal. Aku akhirnya realize  itu adalah suara hati dia. Mana ada budak kecik menipu bila nakkan sesuatu. They will just straightly tell you on the face. And bila aku betul-betul ambik diorang awal, the happiness on their faces yang kau boleh nampak hanya Allah yang tahu perasaannya.

Baliklah awal, Zaila. Kalau tak boleh pun cuba siapkan kerja on time supaya kau terpacak depan nursery sebelum mereka terlelap.

Yang sedihnya kau mungkin tak boleh nak ubah jadual kerja, itu hampir mustahil, but of course you can change your attitudes. Fokus pada kemahuan anak-anak. Listen. Listen. Listen bila diorang nak attention. Cakap dan ajar benda yang baik-baik. Hargai quality time waima seminit pun yang ada. Throw the gadgets away when they are around. Bonding time setiap kali cuti dan ada waktu bersama. Peluk, cium, all the time. Just ALL THE TIME. After all, itu je yang diorang perlu pun. Kasih sayang. Tak kisahlah kalau kau hanya mampu tunjuk komitmen sejam saja dalam sehari. Diorang cuma nak feel yang,  kita ada. We do exist.

Shout out to all working mommas: memang kau susah nak bagitau diorang sekarang, but one day they will know kenapa kau kena keja keras. Kenapa masa yang ada sangat limited. Kau mahu yang terbaik. Nak hantar ke sekolah paling berkualiti. Nak depa sarung baju dan kasut branded. Nak depa master new skills – hantar kelas piano, kelas tarian, kelas bahasa Perancis. Nak diorang takde rasa kurang walau seinci pun dengan kawan-kawan yang lain. Dan paling penting, supaya diorang tak jadi macam kau dulu.

I guess kita tak perlu rasa bersalah that we have to work damn hard, coz we know semuanya untuk masa depan mereka. We just need to change our attitudes. Memang kita tak mampu nak berhenti kerja, and sacrifice jadi surirumah sepenuh masa. It depends on  our current situation. Ramai di antara kita yang struggling untuk tambah pendapatan suami. That’s why kita turun padang to work. Some of us juga sudah sendiri-sendiri. Thus we really, really gotta work.

It’s not about you always be with them, but make them feel loved. Always. Even for few seconds.

Yes, there will be so many times you feel like you’ve failed. But in the eyes, hearts, and mind of your child you are SUPERMOM. 

xoxo

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: