...

Happy father’s day to u, mama

Salam Ramadan ke-23 Alhamdulillah.

Di newsfeed FB dan IG hari ni bertebaran ucapan hari bapa, termasuklah aku mengucapkan kepada seorang insan yang tak ada akaun media sosial, hanya berharap beliau dapat melihatnya melalui mata hati. (Dan selalunya begitu, memang macam tulah seorang bapa misali). Kau tak payah whisper apa-apapun, he knows it by heart.

Dalam ribuan ucapan hari ini, macam-macamlah gambar dapat dilihat. Dengan ayah, dengan bapa mertua dan suami bersama anak masing-masing. Bahawa mereka semua adalah lelaki teragung, yang menyalakan cinta dan menyemarak bahagia dalam hati wanita-wanita tersebut. Alhamdulillah, melihat semua keharmonian ini adalah syurga. Masih ada yang mahu memanggil kita sayang, or mommy, mama, atau honey, deary atau wifey. Beruntung kepada sesiapa yang masih memiliki.

Tapi dalam ribu-ribuan tu, terselit segelintir yang mungkin menyimpan envy. ‘Kalaulah aku pun ada gambar macam tu’, atau mungkin, ‘Kalaulah aku pun macam tu…’

Tak semua wanita dapat up gambar suami masing-masing hari ini untuk ucap happy father’s day. Sama ada mereka sudah tiada lagi, atau orangnya wujud, cuma kenangan sudah mati. Either way, la tahzan, jangan bersedih. Hari ni, dan hari-hari lain, adalah hari kau jugak. Kau berhak celebrate walaupun bersendiri. Walaupun berdua, atau bertiga, atau berempat dan berapa pun jumlah anak yang kau ada. Sebab selama bapa budak-budak tu takde, kaulah yang jadi pengganti. So go out, chill dan bergembiralah. Kenapa?

Sebab even tho being a single parent is twice the work, twice the stress, and twice the tears, but in return you will also get twice the hugs, twice the love and twice the pride!

Twice the work

Dapat imagine tak kerja seorang wanita yang berganda-ganda? Bangun pagi lepas Subuh, dia la yang kejutkan anak-anak, sediakan sarapan, sediakan baju. Patutnya kerja hantar anak ke sekolah jatuh kat bapa, tapi dia jugak yang buat. Lepas tu dia pergi ofis buat kerja pejabat. Petang patut suami ambik anak di sekolah, tapi dia jugak yang menderum vazz tepat sebelum pintu pagar school dibuka. Itu baru hal ehwal pengurusan pendidikan untuk anak-anak besar. Belum cerita yang hat kecik-kecik lagi dan suka bergolek.

Twice the stress

Imagine ibu tunggal yang mengheret anak-anak kecilnya ke sana sini. Pergi laundry angkut dua bakul atau guni baju. Dalam pada loading baju mata tajam kerling tengok anak dok berlari keliling. Yang bawak anak-anak ke taman, atau playground sendirian. Nampak family loving papa mama main dengan anak boleh jadi makan dalam, bila kau pulak terpaksa jerit pekik suruh anak behave sebab takde orang lelaki dalam family yang nak control. Pergi restoran, orang lain papa pegang anak, mama boleh makan dengan aman. Kau pulak menderita jadi hakim bila anak-anak berebut pinggan. Kau balik kerja lambat, anak-anak berdengkur dalam kereta. Sapa nak angkut? Slow-slow sorong stroller masukkan yang paling kecik kat dalam, yang besar-besar kau terpaksa kejut jalan sendiri dan kemudian tahan telinga bila mereka mengamuk sakit hati mimpi terganggu.

Twice the tears

Kebanyakan single mom tak ada banyak masa nak nangis. They just don’t have the damn time! Masa terisi penuh dengan banyak benda. Tidur tak lena, makan berkejar, mandi tak basah. Sebab nak kena buat semua benda A sampai Z. Dari tak jadi sampai jadi. Dari pikul gas masak sampai betulkan jubin tercabut. Kalau ada business online sikit terpaksa ke sana sini pos barang atau COD angkut dengan budak-budak sekali. Kereta tak pernah kemas. Rumah tak pernah tak dilanggar todak. Kau rasa nak menjerit tapi belum sempat keluar suara something else happens. Anak-anak tidur barulah rasa nikmat dunia dalam beberapa jam. Barulah kau ada masa termenung kat bilik air. Mandi bawah shower sambil teresak-esak nangis. 

Kau lesu, kau exhausted, kau sedih teramat, tapi siapa yang ada nak melegakan? You just have yourself.

First Love Yourself. FLY. Just fly, girls.

Thus today is also your day. Tak kira betapa jahanam pun dunia ini dan seisinya kau harus terus berlari sebagai wanita perkasa demi si kecik-kecik yang menanti. Ok orang lain bragging ada suami tolong buat ini, bantu buat itu, settle itu ini. Then they wish them, happy father’s day sweetheart!

But you, you have to proudly say: I’m doing it all, by myself!!

Stay strong single mommies, don’t play victim, don’t make yourself look pitiful, don’t point fingers. Stand tough and deal.

Then be a good woman with wild soul!

Happy father’s day to all mommas pulling double duties!

xoxo

Leave a Reply

%d bloggers like this: