...

Jangan simpan, tell ém!

Bismillahirrahmanirrahim, salam Jumaat to everyone. Ramadan ketujuh, semoga memberi lebih rahmat dan keberkatan kepada kita semua Insya Allah.

Setiap hari aku terima sejumlah pertanyaan dan perkongsian masalah yang pelbagai. Kebanyakannya sudah tentu berkaitan kahwin campur, cinta dua benua, perhubungan jarak jauh, halangan keluarga, advise on how to start everything bermula dari proses nak kahwin sampailah berjaya kahwin. Ada jugak yang tanya pasal penjagaan rambut kerinting and stuff. Yes. Luahkan. Walaupun aku tak ada dekat, but I can really listen to you. Insya Allah.

Aku boleh rasakan betapa sedihnya hidup dalam kebuntuan dengan tak mampu berbuat apa-apa. I feel you, sistas. Kau ada perasaan cinta tapi terpaksa dikorban mati kerana tiada siapa yang sudi bantu menyuburkan rasa itu. Lebih teruk jika dipisahkan secara drastik sampai kau tak mampu bernafas.

Numb. Terdiam membisu tapi kepala berat dihenyak persoalan ‘kenapa aku?’ ‘kenapa aku?’. Ramai yang kasihan tapi hanya mampu suruh bersabar dan berserah kepada ALLAH, tapi yang pasti kau hanya insan biasa yang tentu tak boleh tipu hati dan perasaan sendiri. 

Jangan gila sendiri okay, talk to somebody.

Tapi bijak-bijaklah pilih kawan nak diajak bercakap tu. Bukan semua orang happy bila tau kau nak merasa gembira. Ramai kat luar sana tunggu masa je kau terpeleot sebab buat pilihan hidup lain daripada taste orang biasa, tak sabar nak bersorak jika kau gagal bertahan. Jangan kata orang yang berbeza pilihan, even yang sekasut atau sekapal pun ada yang tak suka kau success, sebab nanti jadi rival kepada hidup dia kot. Eh ada tau spesies nak anak dia je comel berkerinting, anak orang lain kalau boleh biar le buruk. Ada….jangan kata tak ada.

So be careful. Kalau kau nak jadi orang positif, cari member yang cas positif dia 100 peratus. Supaya dia boleh charge kau sama. Cari mereka yang memberi jalan, bukan memburukkan keadaan. Dekatkan diri pada sahabat yang tidak mengharap balasan, cuma mahu lihat kau bahagia. Senang je nak judge. Dia akan suruh kau dahulukan Allah, minta pada yang Maha Esa. Sebab ketika dilanda ombak paling ganas, nak ke tepian kau kena berdoa kepada Pencipta. Agar selamat semuanya. 

Kalau kau berdepan masalah meyakinkan keluarga tentang pilihan hidup, always, always, always remember – jangan cepat buat keputusan sendiri, NEVER EVER jauh dari restu keluarga. Ok pilihan kau ditentang, fine. Cari jalan untuk meyakinkan mereka. Apa saja cara. Just be creative enough to keep on surviving the love, and at the same time hubungan dengan ibu ayah dan adik-beradik tetap utuh. Masa macam ni dekatlah dengan kawan-kawan senasib yang dah berkeluarga, dan hidup bahagia seadanya dengan pasangan campur mereka. Bawak kisah mereka kepada keluarga dan ceritakan bahawa kisah dongeng itu ada yang wujud. Cinta pada awal kalam ditentang namun mereka membinanya utuh dan kini bahagia bersama cahaya mata. Bukan sorang dua pun, ramai.

Lepas tu jangan malas suh cik abang tu untuk curi hati sikit family sikit. Takkanlah semua benda kau nak buat sorang. Tu cinta di atas kertas namanya. Cinta bertepuk sebelah tangan. Kalau dia nak duduk saja dan banyak kau yang terhegeh-hegeh, hmm… I would suggest memang tak ada cintalah dalam hati beliau. Mungkin dia nak kau kerana benda lain. Atau apa-apa saja. Kalau dia ikhlas, jumpa mak bapak kau walau kena hambat dengan penyapu 100 kali pun dia sanggup. Its’s just a plain truth. Tak caya, cubalah. Akak-akak yang survive kat luar sana tu berapa ramai yang husband depa kena hempuk ngan penyapu? Angkat tangan?? Ada sampai bekas luka tak hilang jadi memori abadi. Hiks.

It’s all about efforts my dear, dan definitely keikhlasan. Benda yang baik walaupuk teruk jalannya, berliku liku sampai pening, muntah hijau, dada terbakar, rambut tercacak –  tapi itulah yang sebaik-baiknya.

Kesimpulannya jangan bersendiri. Jangan simpan masalah dalam hati. Cari jalan. Insya Allah, Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Don’t be pushed by your problems, be lead by your dreams.

Stay pretty, stay healthy and hidup kena chill!!

xoxo  #moveonpaola   #therambutstory

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: