...

Just stop right there!

  Ok rupanya aku pernah viral dalam Oh Media hampir setengah tahun yang lepas. Kisahnya simple je. Bermula dengan artikel dalam Vanilla Kismis yang kemudian merebak jadi kisah dipelbagaikan sesedap rasa. Ada macam-macam version dan banyak portal lain jugak pick-up story yang sama, cuma disampaikan dengan cara berbeza. Hari ni nak cerita pasal tular ni. Seronok, tapi bukanlah pengalaman paling best. Paling seksa kalau viral pasal kahwin campur, especially dengan kaum kopi O. Kalau ada butang dislike agaknya lebih 50 peratus pembaca akan hit the button. Komen? Ada beratus-ratus yang aku nasihatkan diri sendiri takyahlah baca. Nanti sama ada jadi sakit hati sendiri atau rasa nak tikam orang. Masya Allah. Ok I know. Tak semua orang baca buku aku. Ada juga yang baca tapi mungkin tak berapa suka atau setuju. Sebetulnya tak ramai juga nak faham situasi ni sebab mereka tak cuba pakai kasut kami-kami ni (wanita bersuamikan warga asing especially dari benua Afrika). But seriously, der, sampai bila kau nak sembang kencang pasal awang hitam yang ada alat kelamin besar. Pasal konon-konon perempuan Melayu dah macam tak ada lelaki lain dalam dunia ni nak jadikan boyfriend or suami. Pasal lambakan kaum ini dan kewujudan mini Afrika di banyak kawasan. Or gebang-gebang depa ni penyangak tahap apa,  jual dadahlah, basuh duitlah, duit hitamlah dan ambik duit oranglah. Like till when? Shallow minded people ni adalah orang yang aku paling malas nak layan dan tak ada masa nak attend to. Spesies cakap macam dia suci murni seperti malaikat sedangkan hati hitam pekat likat penuh muslihat dan tak pernah senang tengok hidup orang lain. Seriously, ia agak membahayakan. Mampu jadi pengaruh paling buruk kepada generasi baru Melayu/Malaysia totok untuk membenci geng keturunan Melayu/Asia-Afrika. Spesies inilah yang akan mengajar anak mereka untuk panggil kawan-kawan berambut kerinting atau ketak-ketak sebagai negro. Spesies ni jugak yang tak kasi anak-anak mereka berkawan dengan geng kacukan Afrika kerana ‘ayah dia jual dadah’. Dan ni spesies ni jugak yang bila lihat orang dari luar berkereta besar sikit dan duduk di kawasan perumahan yang bagus pantas sekali melabelkan –  ‘guna duit haramlah tu.’ Just stop people. Stop right there. Like, seriously stop being prejudice and judgmental. Kau nak cakap pasal kejahatan orang lain, sedangkan hati sendiri diliputi lumpur yang amat likat. Kalaulah kau tahu struggle pasangan Melayu-Afrika  yang baru berkahwin dan bertapak di negara ni, menangis nanti melutut nak minta maaf. Semuanya bukan mudah macam dari A sampai Z macam kau kahwin sesama local. Selain dari perihal dokumentasi yang berduyun prosedur, persepsi masyarakat terhadap suami berbangsa Afrika amat menyedihkan. Mata memandang tajam dan suara-suara sinis dari belakang sama ada berbisik atau sengaja nak kasi kita dengar tak payah nak kira, itu biasa. Tahap paling rasa terhina apabila ada yang tak mahu masuk ke kedai makan kerana ternampak orang Afrika bersama family di dalamnya. Atau tak kasi anak-anak main di playground yang sama. Geli pegang tangan anak negro. Takut tengok rambut anak negro yang berpintal-pintal sebab nanti mimpi ngeri di malam hari. Apa, apa ni semua? Nilai jahanam apa yang cuba kau serapkan dalam diri budak kecik yang masih berhati bersih dan tak pernah tau bahawa warna-warna di sekeliling mereka membawa maksud karakter. Hitam itu orang jahat dan putih itu orang baik. So kau kaler sawo matang adalah manusia hipokrit yang kejap baik kejap jahat, macam tu? Aku dah letih tengok komen-komen negatif manusia perasan bagus dalam media sosial setiap kali mereka baca cerita tentang kahwin campur atau warga Afrika yang ada talent dalam sesuatu bidang. Tak penat ke mengata orang? Tak malu dengan Allah eh kau hina design Dia?   Wake up. The fact is manusia yang melata di dunia ini berlumba-lumba nak kaya dan cari ilmu baru, dan kau masih terkial-kial di situ bercakap pasal warna kulit. Orang dah sampai Zambia, Nigeria, Rwanda sana tengok budaya baru, gather ilmu bermanfaat, kau kat sini sibuk bincang pasal restoran Afrika baru buka dengan apakah kesan-kesan negatifnya. Bincangkan. Macam tu. Dalam pada kau mengumpat, kedai orang makan tu sukses sampai dah boleh drive Rover. Kau masih kat tepi-tepi tu tumpang Viva kawan sebelah.    

Leave a Reply

%d bloggers like this: