...

Kisah syurga lagi

Syurga yang Tak Dirindukan. Ok kali ni tak ada review dah sebab semua orang macam dah tengok filem ni kat Astro dan sharing-is-caring via FB. Tapi memang super hebat. Sebuah karya yang meletakkan level wanita di tahap teratas. Dan gambaran bahawa lelaki baik yang jujur setia itu masih wujud buat kita betul-betul percaya.

Dalam movie ni kau akan come across tajuk tersebut pada dialog berikut:

‘Syurga yang kita bangunkan sama-sama sudah kamu hancurkan, dan aku tak rindukan syurga itu lagi!”

Ni ayat Arini masa dia dapat tahu Pras kahwin lagi. Hancur luluh hatinya. Macam pinggan jatuh berkecai dan retak seribu. Dan begitulah rupanya perasaan seorang wanita bila dapat tahu cintanya diduakan.

Matanya dibuta, telinga dituli dan dia ditipu hidup-hidup. Hati siapa tak sakit.

Tapi begitulah perancangan Allah. Kadang-kadang kita rasa dah plan yang paling terbaik, tapi rupanya perencanaan Dia buat kau terpana dan tak mampu berkata apa-apa.

Seorang suami mungkin kita mampu miliki jasadnya, tapi kau tak boleh jajah hati dia. Asalkan masih bertanggungjawab dan menyayangi isteri yang pertama kali datang menakhluk hati, jika dia memilih untuk buat apa yang dirasakan terbaik untuk diri dan demi menyelamatkan insan lain – itu bukanlah satu dosa.

Demikian konsep yang akhirnya Arini telah perlahan-lahan sehingga dia menjadi redha-seredhanya. Apatah lagi selepas kematian ayahanda, baru Arini tahu yang selama ini mak dia pun bermadu. Tapi wanita besi itu pun menerima kenyataan yang berlaku sebagai nikmat yang tidak ternilai. Masya Allah.

Syurga yang Tak Dirindukan buat kau realize bahawa apa sahaja insiden yang berlaku dalam hidup ni ada hikmah.

Dan pastinya yang baik-baik sahaja jika datangnya daripada Allah.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: