...

Makcik dan kasih seorang ibu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salam 7 Syawal.

Aku memang tak pernah bawak anak kalau nak bekerja. Tapi semalam sebab taska pun tutup, heret depa jumpa adik arwah Adam Osi sekali. Sampai-sampai dah disambut neneknya di bawah apartmen mereka.

Seraya ternampak anak aku Kira, makcik duk senyum-senyum, kemudian tenung dalam-dalam mukanya. Nampak berkocak sikit mata, tapi cepat-cepat dia mengajak aku dan kak Rose naik ke rumah. 

Sampai di rumah, disambut pakcik dan adik Adam, Aidil yang cheeky. Segala toys kereta, ultraman, batman dilambak depan tv. Kira dah terteleng-teleng kat aku banyak kali. Nak main sama ler tu. ‘Itu mainan boys,’ aku bagitau dia. Mula dia merengek-rengek manja. Makcik pandang saja penuh kasih sayang dan hulurkan Kira beberapa askar Aidil untuk dimain sama-sama.

Aidil, pada pandangan masa kasar, memang nampak sihat sangat dengan tubuh montok. Umurnya tiga tahun  dan  dia dah boleh bercakap dalam speaking yang pelat-pelat.

Nenek bertanya, Aidil, who beats your mommy?

‘Dadi.’ Katanya laju, tak memikir-mikir.

Nenek tanya lagi, Aidil, who beats Adam?

‘Dadi.’ Jawabnya lagi.

Wallahuaklam sama ada dia sudah selalu sangat nampak, atau mungkin diajar sesiapa. Apapun Aidil anak kecil yang naif, tak tahu apa lagi yang menggembirakan dirinya selain bermain. 

Mula-mulanya aku record perbualan makcik, bila dengar balik cuma dengar suara Kira. Buku nota dan pen yang aku bawak dia buat conteng muka Shimmer and Shine. Bluetooth keyboard aku dia dah rebut dulu buat eksyen menaip. Selalu dalam situasi macam ni, dan perlu buat story, aku kena ada satu kekuatan yakni deria mendengar. So aku fokus pada cerita, faham, hadamkan, dan para-paranya dah siap tertulis di kepala. Bila kak Rose memandu, aku cepat-cepat taip semula dalam hand phone semua para yang dah siap kat otak tadi.

Makcik, masa kat rumahnya, dia tanya aku, kenapa awak nak buat cerita saya?

Aku kata, kat luar sana, macam-macam orang kutuk anak makcik. Saya nak bagi peluang apa saja yang makcik nak cakap.  

Makcik tunduk, dan mula kesat air mata. Dia ada terlampau banyak cerita, tapi semuanya tak terluah.

Memendam terlalu banyak rasa, namun tidak mampu diungkap. 

“Boleh. Tapi bukan sekarang. Nanti makcik call awak.” Aku angguk saja. “Baik makcik”. Aku tak bolehlah nak kata, ehh mana boleh makcik, deadline saya pukul 3 petang. Makcik cakap sekarang lar! No, that’s not the way. Bagi seseorang yang dilanda musibah, apa sahaja kemahuannya, kau iakan dulu. It’s either kau dapat story, atau melopong balik tangan kosong.

Jam 1.30  petang, bila rangka story dah siap, makcik bagi mesej: ‘Maaf polis panggil suruh tengok anak. Tak dapat kita jumpa hari ni.’ Erghh!!

Mujurlah datang tadi ditemani kak Rose yang penuh wajah kasih sayang, dah rezeki aku,  jam 2.30 petang makcik mesej semula: ‘Jumpa makcik di tasik.’ I was like, ok makcik. Berlari kami ke sana semula dan makcik ajak lepak di kedai nasi kukus. Anak aku Kira menakal dengan berjoget-joget depan khalayak. Makcik tiba-tiba teriak:

“Ya Allah anak awak ni sama betul macam arwah. Mukanya, badan dia.” Sambung nangis. Aduh sedihnya.

Kau dapat rasakan tak orang yang tengah kehilangan dan kemudian jumpa seseorang yang seakan-akan mereka yang sedang dikenang. Pedih. Rasanya macam terbakar satu tubuh walaupun kau sedang berendam dalam kolam sejuk.

Aku pun masuk jarum sikit-sikit bila makcik nampak okay.

‘Makcik, orang dok kata makcik yang bomohkan arwah cucu dan anak makcik. Betul ke?’

“Ya betul saya ‘bomohkan’. Tapi saya ‘bomohkan’ dengan hanya berdoa kepada Allah SWT supaya mereka diberikan hidayah.”

Pakcik pun menyampuk dari belakang, “Betul kami ‘bomohkan’, guna doa dan ayat-ayat suci  al-Quran. Salah ke? Kami cuma nak anak jadi baik dan kembali ke pangkal jalan, salah ke?” katanya.

Bila makcik dan pakcik nampak kuat, aku tambah decibel soalan/statement.

“Orang kata makcik subahat diamkan anak makcik dapat anak tanpa suami dengan ikatan sah.”

“Makcik ni, setiap kali kalau jumpa anak dan lelaki tu, soalan pertama makcik: mana pasport kamu? Soalan kedua, bila kamu nak kahwin anak makcik? Sampai bila nak hidup macam ni? Tapi setiap kali makcik tanya, lelaki tu akan naik hantu dan marah anak makcik. Dia bawak anak makcik pindah randah sana sini. Ya Allah, makcik dah tak tahu nak cakap macamana lagi. Pedihnya sebagai ibu bila anak dah tak mahu dengar. 

“Tapi Februari lepas dia balik berpantang kat sini. Makcik terkejut dia dapat anak ketiga. Langsung makcik tak tahu dia mengandung. Sepanjang 10 hari, makcik masak untuk anak makcik. Lauk fevret dia, sup petola dihirup-hirup, makan banyak kali. Sambil dia bagitau makcik: ‘Ma, saya ni banyak buat salah. Ma tolonglah jangan berhenti ya doakan saya. Tolong ya, ma.’

“Dia tak tau, setiap saat saya berdoa untuk dia. Tengah makan, sambil berjalan, dalam solat, apa sahaja yang saya buat, saya tak mampu benci dia. Kadang-kadang saya bertanya pada diri, Ya Allah macamana kalau aku bencikan anak aku satu hari nanti? Tapi tak boleh, saya memang tak boleh benci dia,” kata makcik sambil kesat air mata hujung tudung.  Pandang muka Kira lagi.

Dia sambung.

“Tiga tahun saya jaga arwah Adam, memang sayang sangat dengan cucu saya. Atuk dia paling sayang. Bawak Adam pergi main futsal, bawa dia pergi surau, ajar Adam mengaji. Arwah suka sangat duduk sini. Rapat sangat dengan semua penduduk di sini. Tapi bila ayahnya datang sini, panggil dia, nampak muka dia jadi takut. Kita boleh tengok kalau budak-budak tak suka dengan seseorang, dia jadi takut nak dekat.

“Saya serah Adam pada anak saya semula dulu bila dengar satu ceramah agama di televisyen. Bahawa seorang nenek tak ada hak nak jaga cucu kepada anaknya selagi maknya masih ada. Suami saya paling sedih bila saya pulangkan balik Adam. Hari-hari kami bergaduh. Saya beritahu suami saya Adam berhak dapat kasih sayang daripada maknya sendiri,” katanya.

Akhirnya memang Adam betul-betul pulang ke pangkuan atuk dan nenek, cuma dalam keadaan jasad tak bernyawa.

Pertemuan dengan makcik semalam, berakhir dengan banyak pengajaran untuk aku juga. Tentang erti kasih sayang seorang ibu yang sangat mendalam walau dihina dan dicerca anaknya sendiri berkali-kali. 

Serentak itu aku pun sangat teringat pada mak aku sendiri. Yang dulunya pun aku kecewakan berkali-kali. Tapi ke pangkuan dialah aku akhirnya balik mengadu nasib dengan muka tak malu.

Sampai hari ini walaupun luka mak aku berbekas di sana sini, dia masih cium aku macam masa aku kecik-kecik dulu, masakkan makanan kegemaran aku yang dihirup sampai pinggan licin.

Kita semua pun ada kenangan pahit, yang kemudian menjadi manis dengan ibu masing-masing. 

Aku doakan yang sama ke atas makcik dan anaknya juga nanti. Amin.

xoxo

Leave a Reply

%d bloggers like this: