...

Rosy’s story: 21 years and counting

Pertemuan yang tak disangka hujung tahun lepas bawa aku bertemu seorang wanita sassy and classy Kak Rose. Kenal aku sangat pun tidak tapi Kak Rose, 53, ambush Karnival Karangkraf dengan empat skuadnya semata-mata nak beli buku Satu. Humble lady yang tak pernah rasa dirinya hebat walaupun dah ada empat anak remaja kacukan Malaysia-Nigeria yang handsome bangat dan cantik pretty comel. Pendiam, tak banyak cakap dan senyum 24 jam tapi dalam hati menyimpan banyak ilmu sebagai seorang otai. Kak Rose cool je low profile takde nak bragging bagai tentang anak comel rambut kerinting ke, cara nak braid rambut atau siapa pakai baju from kain ankara paling cool.

But yes, she’s been married for solid 21 years, no shaking.

Yang buat aku senang bersantai dengan Kak Rose kerana dia menganggap adik-adik generasi  baru ni macam anak-anaknya sendiri. Semua masalah yang pasangan campur hadap dia dah rempuh dulu. Releks jer. Semalam aku janji tips yang dia bagi untuk kekal bahagia. Sebab kahwin campur ni biasanya fragile, tak boleh salah sikit nanti berantakan. Sebabnya banyak. Antara lain beza budaya, cara hidup dan cara berfikir nak settlekan satu-satu masalah. Adakala kau cadangkan A tapi yang pasangan mahukan B. Paling teruk bila kau rasa nak makan food C, tapi dia nak makan food D. 

And you know what? Perbezaan perlu diraikan. Here goes…

For those yang tak kenal Kak Rose, dia wanita petite  comel lote yang berasal dari Serian, Kuching, Sarawak. Bayangkan 21 tahun lampau dengan pandangan masyarakat kepada gadis tempatan yang nak berkahwin warga Afrika. Boleh imagine? Ada sesetengah orang kita siap lari tunggang-langgang nampak pak tam. Trauma tak tentu hala dengan orang kulit hitam macamlah kita ni putih macam sabun Breeze. We are all coloured yeah. Jangan nak macam-macam. 

Pertemuan awal dengan suami taklah romantik tapi kenangan mengusik jiwa of course. Kak Rose yang pada tahun 1995 baru sampai ke Klang all the way from Sarawak untuk bekerja, tinggal di sebuah asrama dengan kawan-kawan. Satu hari abang hitam manis datang singgah di asrama lelaki bawa macam-macam barang, tapi sebab dia speaking semua orang cabut lari. Kawan Kak Rose tercungap-cungap ke asrama perempuan mintak Kak Rose tolong translate apa yang abam tu nak. Rupanya member nak jual jam. Tersipu-sipu pertama kali bertentang mata. 

Struggle pada tahun 1990-an ialah cara nak berhubung. Handphone belum wujud kalau ada pun orang korporat je yang pakai. Yang ada telefon asrama yang berebut-rebut semua orang nak pakai. Tapi kekuatan cinta mengatasi semua. As you know it.  Gedebak gedebuk berkawan, mereka pun ke gerbang perkahwinan. Jalan terus tanpa banyak fikir apa orang nak kata. Sama saja cabaran yang terpaksa kita semua tempuhi malah mungkin Kak Rose lebih lagi sebab wayback orang pandang warga Afrika sebagai kasta terendah. 

Ok perihal jual jam tadi. Siapa baca buku aku berjudul SATU akan faham abang-abang Afrika yang kelihatan berjualan dari restoran ke restoran dengan membawa segala barangan kulit dan jam dipanggil menjual sampa. Tak taulah kenapa sampa. Tapi bukan sampahlah yang dijualnya. Nak bawak barang-barang tu bukan ringan. Sebeban kat belakang berkilo-kilo. Naik pulak bas dari satu destinasi ke destinasi. Kemudian berjalan perlahan-lahan menerusi satu-satu kedai di bawah panas terik atau hujan ribut.

Dugaan paling hebat: definitely humiliation. Orang dah belek-belek wallet nak dekat setengah jam, tetiba tak jadi beli. Jam jual harga RM20 orang mintak kurang sampai RM5. Dijerit negro dari jauh. Ada jugak yang cuba gurau-gurau kasar mention warna kulit dan betapa besar alat kelamin mereka. Gross.

Disebabkan pandangan menjengkelkan masyarakat, suami Kak Rose berusaha sedayanya mengubah nasib mereka sekeluarga. Of course it wasn’t easy tapi rezeki anak-anak menyebabkan semuanya possible. Sehingga setelah 20 tahun, hanya tuhan yang tahu bagaimana mereka berdua mengemudi kapal besar hidup itu. Dari jual wallet di jalanan, mampu buka sebuah kopitiam sehinggalah kini memiliki gudang besar mengeksport barangan terpakai ke seluruh pelosok dunia. Pasangan bahagia ni dikurniakan empat anak, Grace, 20; Gloria, 19;  Samuel, 18 dan Emmanuel, 16.

Ada rasa macam lalu di path yang serupa?

Personaliti Kak Rose yang menyenangkan ialah dia cool sangat. Dalam rumah tangga yang banyak ujian dan bergolak, dia biasanya ambil pendekatan bertenang. Tak kiralah ujian bentuk apa pun. Kata Kak Rose:

“Bersabar dalam setiap dugaan. Bila ada any problem or argument just give and take. Biar sorang jadi air and another one jadi api. And the other way round.” Tu dia pesan Kak Rose. Copy paste 100 peratus.

She continues:

“No matter what religion,  or believe u have just leave everything to God. Especially in the morning before u go out of your sweet home, tell God what you are going to do and ask for His protection.”

Those yang suka bertelagah ngan laki, ni Kak Rose bagi pesanan jugak:

“Yes tentang jaga hati suami is very important, put them as the head of the family. Bila tengok dia murung, belai him, bila hubby stress, comfort him with words of love…”

Yang nak stalk video anak Kak Rose, Gloria, sila ke sini: https://www.youtube.com/watch?v=mNjnbaT5tg0&t=1s 

And yes, tentang kesukaran awal hidup pasangan ini ada dimasukkan dalam ucapan suaminya dalam satu function bersama fellow Africans. Teks ucapannya Kak Rose forward pada aku dan begini lakaran kisahnya tanpa aku edit:

“Going down the memory lane, I started my humble life as an ordinary wallet seller – sampa boy. Life at the beginning was tough, rough, hopeless, helpless and meaningless. Betul-betul susah.  But knowing that patience is golden, I did not give up. I know at the end of every tunnel, there is light.”

But the loveliest part he said:

“My life is always rosy because I have Rose at home”.

Isn’t that sweet?

xoxo

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: