...

Suami yang diliputi kasih, anak-anak syurga

Suami kak Linda dan anak-anaknya yang bijak ceria
Kak Linda berkongsi kisah sebagai cancer fighter di salah sebuah stesen tv tempatan.
Di PBAKL, Maeps 2016. Kak Linda datang memberi sokongan.

 

 

 

 

 

 

 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Setelah idle yang agak lama, hari ni kembali dengan satu kisah. Sedih meruntun hati tapi ia satu pengajaran untuk hati-hati kecil agar menjadi selebarnya.

Semalam bersama beberapa sahabat baik sekali lagi menziarahi Kak Linda. Takdir yang tidak mampu kau berkata tidak. Walau terlantar dan tidak berupaya lagi dia mengingat siapa aku dan kawan-kawan rapat, tetapi lidahnya yang terzahir Allah, Allah adalah bukti bahawa Tuhan sangat menyayanginya. Tak boleh dia recall wajah manusia, namun Kak Linda maintain recall nama Allah.

Betapa rahmat Ilahi telah membalut seluruh tubuh kakakku ini. It’s just incredible how at her weakest stage, dia masih boleh berzikir. Allahu. Kalau kau melihat insiden ini depan mata dan masih tidak mampu ia mengetuk hati yang kental dan busuk, lebam, entahlah. Ia satu bentuk keinsafan yang menakjubkan.

Ketika kami melawat, hanya suami Kak Linda yang setia di sisi. Seperti biasa cool, tersenyum manis menerima tetamu menziarah dan dekat sekali dengan isterinya, sambil mengusap-ngusap lembut dada dan tangan yang dipenuhi tube bersilang-silang. Lelaki teragung yang cintanya tidak hanya ketika Kak Linda lincah, malah bertambah 100 kali ganda sayang ketika suri hatinya terlantar. 

Dia kecil sahaja tapi semangatnya seperti gunung Kilimanjaro. Sangat besar dan tinggi. Bayangkan hari-harinya yang memikul Kak Linda untuk apa sahaja aktiviti. Menyorong kerusi roda, memindahkan tubuh isteri tercinta dari rumah ke ambulans ke hospital ke wad, ke mana saja. Memandikan dan menyuap makan. Mengaji bersama di tepi katil hospital. 

Aku sesekali mendongak, memandang suami Kak Linda dengan penuh kekaguman sambil tertundur memikir perkahwinan sendiri yang gagal. Duhai. Betapi suami yang soleh itu wujud. Betapa suami yang mahu jatuh bersama-sama isterinya dalam keadaan paling terduduk, masih ada. Betapa suami yang tidak pernah memberi titik noktah dalam setiap ujian yang perlu ditempuhi malah semakin kuat semangatnya. Bertuah keluarga ini. Yes, there are still good men out there. And he is perfect. Just one of a kind. 

Yang mengundang air mata pastinya anak-anak Kak Linda berlima. Semalam mereka main kejar-kejar di playground hospital tingkat bawah. Aku panggil sorang untuk naik bersama. Dia menggeleng sungguh-sungguh tak mahu. Sekian lama mereka semua tidak dibenarkan melawat kerana di bawah umur. Alhamdulillah semuanya dibenarkan naik ke wad dan menziarah umi semalam dengan bantuan pengawal keselamatan dan ihsan anggota perubatan. Paling kecil Asa’dah, sebaya dengan Kira. Anak kecil yang sangat behave kerana sudah faham umi tidak berdaya. Anak paling manja namun bila dia bertanya sama ada umi sudah boleh pulang, semua orang mula menyeka air mata. 

Of course menyaksikan semua ini buat aku fikir banyak tentang hidup, tentang qada dan qadar, tentang betapa singkatnya masa dan betapa perlu menghargai dan merai setiap detik yang hadir. Tentang apresiasi hubungan sesama manusia, tak kiralah dengan suami, anak-anak, saudara mara dan sahabat handai. Kak Linda tentulah seorang insan sangat istimewa kerana nak masuk melawat dia pun, perlu beratur lebih sejam kerana begitu ramainya yang ingin menziarah. Wall di FB penuh ucapan dan kata-kata semangat, daripada manusia yang mengenali atau pun baru sahaja ingin menghulur tali persahabatan dengannya. Anak-anak karyawan yang dia didik dengan ilmu penulisan semua datang mengenang jasanya yang infiniti. Malah rakan-rakan persekolahan sejak kecil dan golongan sasterawan yang mencintai seni.

Hubungan dengan Allah yang tidak pernah putus adalah tali juga kunci kekuatan wanita besi ini. Masih mahu menunaikan solat dalam keadaan high penangan morfin tanda janji Allah tidak pernah silap. DIA akan berada di mana kau berada. DIA memberi ketika kau tidak pernah pun meminta. Subhanallah.

Secebis kisah tentang seorang wanita yang masih terus-terusan berjuang melawan kanser.

Walau kau ada semuanya, mampukah kau sekuat dia? 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: