...

Syurga Yang Tak Dirindukan 2

Pesan aku, kalau nak nonton movie ni sambil bajet datang dengan make-up mampan, lupakan je. Sebab nanti sebaik habis dan naik credit titles semuanya jadi sememeh, silap-silap tudung pun senget benget. Sediakan tisu secukup rasa. Popcorn. Dah.

Feeling aku terganggu-ganggu sikit sebab datang dengan dua budak becok. Tapi aku tahu cerita ni best bila scene Nadia menangis, Ajwa pun bergenang air mata dan Kira terkelip-kelip. Ini adalah filem sekuel dan sesetengah orang tak suka tengok sambungan sebab takut tak faham. Tapi don’t worry, tak payah tengok pun kisah asal sebab Syurga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2) ni brand new, plot segar baru yang diselitkan sikit-sikit flash-backs dan automatis akan faham keseluruhan jalan cerita.

Synopsis ringkas. Begini. Memang ringkas betul.

Arini dan Meirose yang bermadu terpisah di Indonesia apabila Meirose ambil keputusan memencilkan diri. Tapi ditakdirkan mereka berjumpa di Budapest, Hungary setelah beberapa tahun.

Buda dan Pest sebagai dua bandar terpisah dan disambungkan oleh Sungai Danube adalah analogi paling bijak di awal cerita untuk menggambarkan bagaimana kehadiran Pras, suami Arini dan Meirose (hero Ayat-Ayat Cinta)  ke situ, connect semula tiga kisah cinta yang tergantung.

Namun Arini kemudian jatuh sakit dan disahkan menghidap kanser rahim tahap 4 yang dah merebak ke otak. Disebabkan itu, dia kemudian merancang agar Meirose perlu kekal bersama Pras agar nasib anak mereka, Nadia terbela. Tapi rupanya Pras berniat nak ceraikan Meirose sebab nampak dia dah bahagia menetap di negara itu. Si Meirose pulak dalam senyap ada crush dengan Dr Syarief yang juga doktor merawat Arini.

Spoiler alert!

Arini finally menghembuskan nafas terakhir and guess who kahwini Meirose? Gi tengok sendirilah.

SYTD2 sebuah filem yang wajar ditonton oleh semua kaum wanita yang berasa diri mereka lemah. Supaya kekuatan tu datang menghampir. Ambil semangat Arini yang masih boleh tersenyum dan melayan anak dan suaminya dengan baik walaupun menderita penyakit paling membunuh. Layanan terhadap madunya, Meirose juga sangat baik.

Perempuan rupanya dah sampai hujung nyawa pun masih fikir apa yang akan terjadi kepada orang yang dia paling sayang. Kerana itu Arini berusaha keras mahu Pras stay married dengan Meirose walaupun suami dia dah janji nak jaga seumur hidup. Dan dalam pada ketika memasak janji tu, Arini pun rebah dengan hidung berdarah. Sad, sad, sad.

Ok ada penampilan khas Nora Danish. Nothing impressive. Biasa-biasa jer.

Soundtracknya adalah antara yang paling wajib diberi perhatian. Aku paling suka lagu Dalam Kenangan. Lirik tentang erti move on. Walaupun orang yang kau sayang dah tak ada. Walau jodoh kau dah lari ke mana-mana. Jangan ada benci, simpan je memori yang baik dalam kocek kenangan.

Kamu biasa denganku
Kamu biasa ada aku
Namun hidup ini jangan berhenti
Hanya bila aku pergi

Kenanglah aku di hati
Kenanglah senyum dan tangisku
Baik dan marahku dan segalanya
Simpanlah saja dalam dalam

Nora bagi empat bintangsss!!

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: