...

Tentang Cinta

DI malam sebelum masuk Hari Kasih Sayang, sambil baring di atas katil kami bertiga, Ajwa tiba-tiba got so emotional dan teresak-esak dengan pilu sekali. Aku perlahan-lahan tanya kenapa. ‘Ajwa tak nak family tiga orang, Ajwa nak empat orang. I want daddy.’

Ada banyak perkara dalam hidup kau perlu belajar terima dengan secangkir senyuman dan sepinggan kesabaran. Dan jawapan tipu sunat yang tidak menghancurkan sebuah harapan dan mimpi si kecil. Entah betul ke tidak atau logik bunyinya, kau kena nampak sangat yakin seperti seorang peguam yang memberi hujahnya.

‘Tak kisah kita tiga orang ke, empat orang ke. Tiga orang pun family. Mama kan family. Kira pun family. Semua pun family. Esok nak gi sekolah kita singgah 7E, beli egg surprise.’

Sweet escapism.

Apalagi jawapan utuh yang kau ada supaya hati kau pun tak runtuh dan anak lena tidur? Sebuah janji manis.

Selamat berkasih sayang wahai semua. Tak payah pedulilah 14 Februari ni ada apa, hari-hari biasa pun kita setialah jadi pencinta yang agung. Kerana dengan cinta saja kita mampu merasai nikmatnya dunia, dan segala isi di dalamnya.

Walaupun kasih ada juga yang dah hilang tapi rasa sayang sesama manusia tetap bertandang menyelusur masuk ke dalam akar hati kerana begitulah lumrahnya kita ini – saling memerlukan walau tidak lagi bersama secara ihsan.

We don’t stop loving someone, we simply learn to live without them.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: