...

The good wife

Bismillahirrahmannirrahim

Ramadan keenam Alhamdulillah. Semoga anda semua berada dalam lindungan ALLAH SWT dan ditunjukkan jalan-Nya yang lurus, setiap masa dan ketika.

Hari ni nak share pengalaman aku menjadi kaunselor secara tak sengaja. Sejak Winter di Afrika mula mendapat tempat di hati akak-akak dan adik-adik di Afroasians terutamanya, inbox jadi tot tet tot tet dengan pelbagai pertanyaan. Walaupun pengalaman dahlah takde, ilmu kaunseling pun kurang, tapi aku maintain senyum girang dan menjawab setiap persoalan dengan jujur, amanah juga telus. Ada jugak yang tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata masalahnya, namun Insya Allah ada jalan penyelesaian. There is nothing in this world that can’t be solved. Sama ada cepat atau lambat selesai je.

Antara pertanyaan paling common ialah macamana nak meyakinkan keluarga menerima bakal suami warga asing. Tak kurang jugak yang mintak tips bagaimana supaya family sukakan suami dia. Paling rare adalah seorang wanita bertanya sama ada boiprennya boleh dikahwini jika mempunyai visa Malaysia yang dah expired. Juga beratus-ratus luahan perasaan atas kekecewaan, diskriminasi serta kepayahan hidup. Dalam pada tu terselit juga message-message comel lote seperti: ‘sis, boleh pinjam RM100, kereta saya betul-betul rosak’ sambil memforward gambar kereta dia kat workshop dan resit hospital (motif?).

Sungguh kalau aku kaya raya semua sekali aku tapau bungkus dan open table to everyone. I might even buy you a new car! Hahahah sarcasm melampau. 

Anyways dalam banyak-banyak message tu, ada satu yang agak menyentuh perasaan. Daripada seorang lelaki yang buntu. Dia mintak aku tulis dan forwardkan ke facebook kerajaan Malaysia tentang mengapa susah benar nak bagi warga Afrika pekerjaan, terutama yang berkahwin dengan warga tempatan kemudian dicop dalam visanya ‘tidak dibenarkan bekerja’. Kalau tak kerja nak makan apa. Lepas kahwin mesti ada anak, anak besar mesti nak sekolah. Komitmen bertambah tapi hanya satu ahli keluarga bekerja iaitu isteri.

Dia meluah bagaimana makanannya dicatu, hanya kerana nak berjimat. Pernah pula ditipu kontraktor semasa dalam proses nak buka sebuah restoran. Buat report polis namun tak ada apa yang selesai. Sekarang dia membungkam di rumah, tak tahu nak buat apa. Minta kerja apa sahaja semua direject, katanyalah. 

Of course ada beberapa bahagian yang aku setuju dengan dia, tapi ada juga beberapa isinya lompong seperti kekurangan. Ada beratus malah mungkin beribu pasangan yang berkahwin dengan warga Afrika, dan mereka menjalani hidup harmoni tanpa suffer. Suami pun buat macam-macam walaupun passport dicop tak dibenarkan bekerja. Ramai isteri berkorban buka syarikat dan kemudian employ suami sendiri supaya mereka dapat permit kerja. Ada yang usaha keras buat macam-macam perniagaan termasuklah niaga import eksport, selain jual barang di jalanan. Semuanya untuk survival diri di Malaysia. Dan kau bagitau aku takde keja nak buat? Well, agak tak masuk akal.  

Hidup ni tak sepatutnya kita menghadap dan fikirkan masalah tu, sebaliknya usaha keras untuk mengatasinya. Mungkin aku cakap macam senang, but hey, lupa ke aku dah masuklah dalam kasut-kasut korang tu. Been there done that. So don’t even say there is no way, there is way….

Bercakap tentang kepayahan being a foreigner yang tak berapa disukai di negara ini, fungsi kita sebagai isteri mereka memanglah tersangat hebat. Kena jadi frontliner, pegang perisai tebal dan kuat untuk lindungi suami sedaya upaya. Jangan biarkan dia buat semua kerja sendiri, nanti jenuh jadi boneka orang lain yang suka melihat kehancuran hidup kau.

Bantulah atas dasar kasih sayang sebagai suami isteri, jangankah nanti mengungkit di kemudian hari. ‘Aku dah tolong appply loan, aku dah tolong bayarkan bil. Aku dah buat itu ini’.  Dan semua rungutan berasaskan nilai ringgit. It’s really inappropriate. Janganlah macam tu. Kata dah vow sehidup semati. Thru thick and thin. Ke atas dan ke bawah tayar bersama. A man never has good luck who has a bad wife. Ingat tu.

Kepada yang sudi meninggalkan message di inbox aku, thank you very, very much. Aku cuba berikan jawapan terbaik selain panduan pedoman yang logik dan berpijak di bumi nyata.  Ada juga masalah rumahtangga yang agak kronik, yang tu selesaikankah dengan sebaik-baiknya berdua ya. Aku belum dapat tauliah jabatan agama lagi. Hiks. Yang belum berkahwin, tapi terperangkap dalam hubungan membinasakan, kau tak payah tunggu lama. Memang tak akan ada future dengan lelaki yang suka naik tangan. Eh only weak men belasah ladies ya. Nanti bacalah kat sini: http://www.paolakira.com/pk-articles/431/

Dialu-alukan untuk anda semua tulis kepada aku kisah cinta yang kemudian berakhir di mana. Dan sesiapa yang ada masalah dan perlukan a shoulder to cry on. Aku sedia mendengar. Kalau datang rumah aku pasti kopi jadi hidangan.

If you can’t have that coffee sessions with me, then emel di sini: paolakira669@gmail.com. 

Till then, happy always and hidup kena chill sistas!!

~xoxo~

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: