...

The Rambut Story

Untungnya ada anak berwajah unik ialah, selain diri mereka, kau juga akan menjadi seorang selebriti. Feelingnya tu kadang-kadang sangat mengujakan sepertinya kau adalah Kimora Lee Simmons atau si KimK. Perasan.

Tapi Kimora and KimK tak akan lalui fasa pelik yang aku lalui. Tak siapa berani nak lalu depan depa tanya soalan-soalan mengarut sebab laki masing-masing pun Hollywood figures walaupun hodoh. Tapi laki kami walaupun hensem taraf Michael Ealy akan tetap disoal siasat lalu dilabel pelbagai jenis dengan jayanya. Anak-anak pula selalunya lebih dilema kerana sesetengah mereka yang dah besar sikit (dan faham bahasa Melayu), akan terpisat-pisat mendengar maknya ditanya – itu anak betul ke?

Walaupun selalu melalui situasi ini dengan senyuman berlagak biasa, tapi dalam hati hujan tetap hujan. Petir tetap petir. Like, why always me? Ada jugak wanita berupa paras biasa yang kahwin Arab atau Pakistan dapat anak comel, dan kenapa kau tak tanya sama ada itu anak angkat dia ke tak? Sebab kejadian anaknya putih kot. Aku ni ha dipanggil penculik pun pernah. Tragis.

Saja nak share pengalaman. Mungkin sedikit berbeza dengan apa yang ditempuhi oleh teman-teman lain. Antara soalan cliché di jalanan apabila orang Malaysia bertemu anak-anak afro (dengan emaknya saja, tanpa bapa).

  1. Eh, eh cantiknya rambut. Anak akak ke ni?
  2. Eh, eh cantiknya rambut. You maid diorang ke?
  3. Eh, eh cantiknya rambut. Suami akak orang mana?
  4. Eh, eh cantiknya rambut. Ori ke buat ni?
  5. Eh, eh cantiknya rambut. ….speechless….

And the list is endless.

Awal-awalnya dulu masa anak baby-baby lagi, mak memang sentap dapat soalan-soalan cepu mas ni. Nangis pun pernah konon sensitif. Tapi as time passes by and I get wiser, semuanya dihadam dengan senyuman. Senyum dulu, baru jawab. Kalau orang tu bertanya dengan ikhlas dan naif, biasa aku jawab lurus and sincere juga. Tapi kalau nampak harsh and ada unsur sinikal, ni jawapan makanan dia:

  1. Tak, anak ayah dia.
  2. Haah, dah setahun dah jadi maid depa.
  3. Suami orang Sabak Bernam.
  4. Rasa macam buat. Cuba tarik.
  5. …. Ada soalan tak?…….

Tapi kalau nak loyar buruk pun aku biasanya berpada-pada. Kalau kat warga emas diam je tak jawab apa. Respek orang tua. Gitu.

Kisah tentang rambut ni memang banyak. Beratus-ratus cerita. Ini pun yang surface saja tak masuk bab-bab detail lagi.

Anyway people keep wondering juga apa dan bagaimanakah tekstur rambut mereka ini. Ada pelbagai jenis rupa yang perlu diketahui. Juga rutin penjagaan yang rumit dan agak meletihkan.

Till the next post.

 

 

 

 

 

 

One thought on “The Rambut Story

  • January 3, 2017 at 1:48 am
    Permalink

    i’m waiting for more and more kak sayang 😘

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: