...

The Story of Love

Aku percaya kalau kau tersalah pilih kawan, neraka adalah tempat yang mereka akan drag kau into.  Ada yang berkawan untuk menghancurkan, tapi tak kurang juga yang betul-betul ikhlas dan buat kau gembira sampai lompat bintang. Well aku dah jumpa kategori ni.

Throwback kejap, pernah satu ketika dulu masa baru-baru kahwin, aku selalu ingat yang aku totally alone dalam dunia berbeza. Back in 2011 susah nak cari kawan-kawan yang sekasut, like seriously. Kebanyakannya yang datang hanya mengendeng ajak clubbing atau sekadar hepi-hepi di luar sana tanpa vision hidup yang jelas. Bila ditekan masyarakat kerana pasangan hidup unik dengan warna berbeza kasta, aku jadi tak tentu arah dan terkontang kanting sorang bersilat bagai menangani pelbagai isu dan kata-kata nista. Entah miracle apa akhirnya berjaya jugak aku smack down semua dugaan walaupun pedihnya hanya Allah SWT yang tahu. Back then juga ramai teman senasib yang cuba mendirikan masjid tapi akhirnya pelan masjid pun tak siap sebab tekanan begitu kuat sampai mereka give up dan akhirnya hanya memilih hidup bergelandangan berdua tanpa ikatan sah. Atau balik ke pangkal jalan sambil memilih waraga tempatan. Stress and hassle-free katanya. Aww.

Makin lama tempuh setiap tahun, makin aku terer menilai erti persahabatan. Juga makin ramai jumpa member-member dari kategori yang sama. Barulah datang sikit keyakinan dalam diri bila ke sana sini usung anak dan jumpa si comel-comel dalam kategori rambut yang sama di shopping malls, atau klinik, atau small gatherings di kedutaan dan kejiranan di Taman Megah, Cheras. Lima enam tahun lepas ramai yang hidup menjalar ala low profile saja , tak mau terlalu exposed. Tapi dengan the emerging of media sosial macam FB and all, pertandingan jadi makin hebat dengan berebut-rebut nak paparkan rambut anak sapa kembang paling comel, sapa pakai beg Gucci butik vs made in pasar malam, suami sapa paling romantik masakkan fufu banku dan latest addiction termasuk mendisplay screen shots of whatsapp conversation of lovey-dovey words.

Lepas aku hasilkan Winter di Afrika (WDA), diviralkan dan jadi selebriti poyo keluar masuk radio dan (sekali je) masuk tv, tak disangka lebih ramai terbuka share kisah tentang perihal kahwin campur mereka dan aku pun mula melihat manusia dengan perspektif berbeza. Rupanya ada terlampau banyak beautiful stories yang aku tak aware pun. Dan kisah yang cantik ni datangnya daripada golongan senior yang senyap membisu saja menjalani hidup mereka tapi diam-diam ubi berisi. Pada tahun 2016 baru aku tahu spesies Paola dan Kira ada yang dah sampai peringkat belajar di kolej malah di menengah atas pun. Mereka membesar jadi cantik rupawan dan arjuna handsome dan cukup memotivasi diri bahawa aku mesti jadi seperti ibu-ibu mereka ini – yang macam aku cakap tadi – menjalar tapi low profile. Yeps.

Ada dua wanita yang aku cukup hormat kerana walaupun beza usia amat ketara, tapi mereka treat aku macam anak sendiri dan push supaya aku melangkah lebih jauh. Kak Rose, ibu anak empat mixed Nigerian yang dua daripadanya adalah selebriti Youtube. Dan kak Hawa yang ada tiga cahaya mata campuran Ghanaian yang steady-steady saja dengan long-distant-marriage (LDM) lebih berbelas tahun. Kau mampu? Walaupun kisah aku apalah sangat berbanding pengalaman diorang yang super hebat, tapi mereka sambil tersenyum datang membeli WDA sebagai sokongan. Of course dengan kisah mereka yang luar biasa, aku jadi terinspirasi untuk menulis lagi dan bagitau semua makhluk di dunia bahawa cinta yang unik itu indah. Dan tak salah.

Perkumpulan beberapa sahabat lama dan baru termasuk kak Rose dan kak Hawa di pondok buruk aku pada ambang tahun baru lepas adalah satu penghargaan yang tak terungkapkan. Aku melihat jalinan persahabatan yang cantik mengembang macam morning-glory. Support group yang memberi perangsang dan aura positif dalam jiwa. Mereka yang berpengalaman berbelas tahun mengendalikan anak kacukan. 20 tahun menggentel rambut tanpa jemu. Dan masih menjalani rutin yang sama tanpa sedikit pun keluhan atau show-offs dalam FB atau insta. Diorang buat aku segan sendiri yang I basically haven’t done anything but still exposing too much dalam social media. Dem.

Nanti kita cerita lebih pasal dua wanita hebat ini dan anak-anak mereka yang talented. Hari ni cukuplah untuk kita semua tahu bahawa ramai anak Afro-Asia yang dah dewasa dan menjalani hidup mereka dengan riang ria. Tapi itu tak semudah disangka jika ibunya tidak kuat dan memiliki jiwa batu kebal. Memotivasi satu perbezaan ketara bukan mudah. Nanti kak Rose dan kak Hawa akan share susah senang mereka meng-instill kekebalan dalam jiwa anak-anak mereka.

Untuk kak Hawa, happy birthday sista, semoga kisah ketabahan akan menjadi inspirasi kepada semua generasi baru.

Kepada semua, stay tune.

 

(Caps: Kak Hawa (standing, rite) dan kak Rose (duduk, middle) with other seniors, kak Nurul (standing, tiga kanan, Sally (standing, dua kanan) dan new generations Myra (duduk, kanan) and me (carilah).

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: