...

The Struggle Is Real

[Best_Wordpress_Gallery id=”10″ gal_title=”Article SIR”]

Aku tak pernah tahu apa rasanya berpanas-panasan di bawah terik matahari untuk sesuap nasi. I told myself, naa, I can’t do this. Berbelas tahun diserap pendingin hawa, waima nak beli makanan kat pasar malam pun kirim orang, lagi nak berdiri berjam-jam atas jalan menjual apa-apa. Anyways pengalaman adalah sweet untuk dicuba, untuk jadikan hidup lebih bermakna dan supaya mengerti perasaan juga jiwa raga orang lain.

Semalam ditemani anak-anak dan seorang adik, (tq bro what an experience!) aku pun joinlah aktiviti car boot sales di sebuah lokasi. Sebab first time dan poyo, menonong datang bawak baju je tinggalkan hanger dan segala plastik. Stok nak clearkan memang banyak sekali sebab aku pun baru pindah rumah. Mujur berjaya jugak tebalkan muka lambakkan baju ikut style penjual lain.

Berniaga kat sini syarat wajibnya jangan jual barangan baru dan tiada denda dikenakan walaupun kau tak letak tanda harga. Geng KPDNKK tak masuk campur so no worries. Anyways you should also expect these:

  1. Kalau jual baju, jangan cuba letak harga lebih RM10. Memang susah orang nak beli dan paling tak boleh terima akal kau akan dikutuk dengan maha hebat. Sebab aku ada terdengar dialog pembeli masa jalan-jalan di kawasan jualan orang. ‘Baju dia dah pakai pun nak jual RM10, huh!’. So, okay. Yang dia tak tau mungkin baju yang kau jual RM10 tu baru sekali je pakai. Dan dia tak tau juga baju tu jenama Zara, or H&M, Guess ke  atau Victoria’s Secret. They just don’t know and they don’t wanna know. So kalau rasa baju tu helok lagi walaupun kau tak nak pakai, buat je tukun dalam almari ya. Jual baju yang betul-betul rasa tak mau tengok dah. Semak mata. 
  2. Kebanyakan pembeli, say 70 percent adalah warga asing – mainly warga Indonesia dan Bangladesh. Mereka akan turun beramai-ramai dari kawasan kongsi dan mula window shop and also shop. Obviously can be seen and heard daripada rupa paras dan bahasa masing-masing. Anyways mereka akan beli lebih banyak baju daripada warga tempatan.
  3. Sesi tawar-menawar yang buat kau headache. Baju cun melecun dahlah kita jual harga RM5 saja, eh dia mintak kurang jadi RM3. Kalau baju harga RM3 dia mintak jadi RM2. Kalau ada benda harga 50 sen agaknya mintak free terus. I don’t know. My bro yang tolong copkan tapak dan dia jual CD lagi advised me to just ignore. Kalau depa tak mahu beli definitely ada je yang lain akan datang beli. So really no hurry. Some customers bagitau: ‘ala takde pilihan, bagi jelah RM3 sehelai’. Then I told her nicely dengan senyuman sampai mata: ‘Dik, kalau nak pilihan kena pergi shopping complex. Kat sini memang takde pilihan. Siapa cepat dia dapat baju cantik.’ Huhu.

Pengalaman manis tu sebenarnya tak habis kat situ. Tawar menawar  kadang-kadang dah jadi macam war sebab diorang dah siap-siap hulur kau duit dan baju dipegang tak mahu dilepas. Bila dah tengok macam tu kau jadi kesian pulak and will let that person have it. Kemudian datang pulak customer lain yang komplen, Éh kenapa dia beli RM4 saya punya RM3 tak dapat’. Then kau rasa macam nak hentak kepala ke dinding. Kepala kau sendiri. Yeps.

Above all walaupun aku dan anak-anak terpaksa bersauna baik punya, I have really learned a lot of things dan Alhamdulillah aku happy. Happy kerana dapat menggembirakan orang lain. Baju raya aku empat tahun sudah mungkin jadi baju raya orang lain yang baru untuk tahun ini. T shirt yang aku pakai santai-santai duduk rumah, mungkin member tu sarung buat tengok wayang dan jalan-jalan dengan boyfriend.

Ketika mengeluh ditusuk cuaca panas menikam tegak 180 darjah atas kepala sampai kepala aku pusing, I realized that the struggle to survive is real. Ini perasaan orang yang mencari sesuap nasi dengan berjualan di bawah terik matahari. No matter what you have to keep on moving and terus mencari rezeki untuk kepala-kepala yang ada di rumah. Well yes I did it for fun, tapi Alhamdulillah itu bagi sedikit gambaran betapa ramai orang begitu gigihnya mencari rezeki dengan apa cara sekali pun asalkan halal.

And as for my kids, it’s good for them to learn kalau nak dapatkan sesuatu, kau kena usaha. Nak dapat sagu, kena pecahkan ruyung. Mereka nampak aku jual baju-baju lama depa, dan aku beritahu Ajwa kalau dapat duit nanti kita beli stationery baru. Sebab sekolah pun nak bukak esok (hari ini, Isnin). And she was so happy assisting me dengan jadi pembuka plastik dan masukkan baju yang dibeli kemudian hand-over kepada customer. Dia nampak aku masukkan duit dalam poket dan mula bertanya sama ada kita untung besar hari ini. Ha ha. Insya Allah cukup untuk Ajwa beli colour pencil baru dan sejenis mainan. And yes, she saw it all. The struggles are real…

As for Kira, she is too small to understand everything. But yeah my kids stand strong for me and I’m blessed. So blessed.

At the end of the day aku bagitau anak-anak yang ini antara aktiviti cuti sekolah yang berjaya mereka khatamkan. Awal cuti dah pergi petik strawberi kat tempat sejuk beku, and today is the day you need to learn how to hustle.

Hidup ni memang bukan selalu benda-benda indah yang kita kena lalui. Kabhi khushi, khabie gham (sometimes happiness, sometimes sadness).

And that’s the way it goes…

 

 

2 thoughts on “The Struggle Is Real

    • March 27, 2017 at 6:11 am
      Permalink

      Kota Damansara bro. Dekat-dekat Gulam Mee.

      Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: