...

Untuk Hati-Hati yang Sedang Berdarah

Kenapa ek susah nak melupakan seseorang? Memori rupanya adalah musuh utama kau. Ia akan berdiri di situ macam projektor mainkan semua kisah indah yang pernah ditempuh, kemudian buat kaki kau jadi lemah. Isy.

Sebenarnya bukan salah perempuan kalau hati dia berbolak-balik. Insan lemah yang comel memang macam tu. Konon kalau dikecewakan nak move on tapi balik rumah nampak patung Hello Kitty pemberian abang terus basah mata dan tak tunggu lama segera dial number. Come on, he’s just not into you. Takyah buang masa. Like, pleaselah woman.

Wake up.

Jangan hidup bersandar memori. Be lively. Cipta sejarah baru. Buat diri kau dan seseorang yang lain proud. Hari ni ditinggalkan tak mungkin kau mati. Selautan manusia di dunia, definitely kalau kau berenang sikit-sikit akan jumpa yang serasi. Yang ada chemistry. Yang kau boleh borak sampai sehari sampai tak perasan matahari dan tukar jadi bulan. Ok dia mungkin bukan spesies bagi Hello Kitty atau manjakan kau dengan emas bergelung, tapi dia selalu ada di situ masa kau perlu.

Like whenever you call, baby. Whenever, whatever. And that’s real sexy.

Jangan pernah sakit bila ditinggal atau dikecewakan. Usah kejar lagi. Stay where you are. Pasang strategi. Lipat semua kenangan masuk dalam kocek baju dan pergi nyah basuh kat laundry self-service. Hancur kau di situ. Just be a new you. Keep your head up, pakai stilettos merah menyala tu dan berlarilah di pentas baru. Feel the world, girl.

Hidup yang sementara ni terlalu banyak benda kita kena treasure, bukan duduk di birai katil sambil check conversation WhatsApp lama-lama dan selfie berbulan-bulan dulu yang dah langsung beri apa-apa makna.

Ok, kau nak tau rahsia lebih besar?

Bila hati kena pecah-pecah 300, kau taukan ALLAH tu ada. Pray hard. Harder. Hardest.

HE will never fail you.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: