...

What is your super power?

BACA KISAH KETABAHAN WANITA INI

Selalunya pada ketika aku susah hati, atau bersedih mengenang nasib diri, wanita ini jadi ikon yang aku genggam erat semangatnya. Dia wanita biasa-biasa saja tapi memiliki kekuatan jiwa yang super-superb.

I really never knew what bravery was, until I saw it in her.

Mazlinda Mohd Nor. She’s at her 40’s.

Setahun lebih atau mungkin menjangkau dua tahun lepas, kami empat sahabat sekerja berada dalam kereta selepas lunch apabila dia mengadu sakit di bahagian payudara. Setelah sekian lama predict sakitnya secara sendiri-sendiri, dia akhirnya berjumpa doktor. Khabar duka di suatu petang ketika kami semua berperang deadlines, menyebabkan sebahagian besar hampir terduduk. Dia paling awal berkongsi kisah dalam grup WhatsApp Geng Supermak kami: ‘doktor sahkan akak ada breast cancer’.

Diam.

‘Dah stage 4.’

WhatsApp sepi seketika. Di antara kami seorang pun tak mampu beri reaksi yang tepat. Sama ada mahu letak emoticon sedih, menangis atau terkejut. Sama ada mahu mengucapkan ‘bertabahlaah kak’ sedang dia tahu itu sahaja pilihan yang ada: sabar dan be strong. Tapi kami semua berdiri dan duduk bersamanya. Together we feel the pain but of course it will never be the same dengan beban yang perlu dipikul.

The first few days selepas didiagnosed, Kak Linda nampak lesu, and that of course, psicologically kerana baru menerima berita buruk. Kadangkala nampak dia mengesat air mata di depan PC. Atau lama tadahan doanya selepas solat dan menitik air mata membasahi telekung dipakai.

Sudah tentu, sebagai seorang perempuan, aku faham apa yang difikirkan. Lima anak yang masih kecil dan perlukan perhatian. Kerjaya yang menuntut pengorbanan. Dan sudah tentu bayangan muluk-muluk tentang penyakit berbahaya nombor satu di dunia. It was really not easy for her.  At the starting. Merintih dan menangis. Come on, kita kalau demam sikit pun dah rasa pilu dan jadi macam-macam. Apa lagi bila dapat tahu ada sesuatu dalam badan yang sedang membinasakan. Allahuakbar.

Namun tidak lama tenggelam dalam dunia kesedihan, Kak Linda bangkit semula dengan senyuman. Yes, she smiles all the time.  Told herself to be positive and she went through chemo successfully dengan beberapa cycle. Membotakkan kepala dan buang kedua-dua belah payudara. Kau pun mesti hairan pada hari dia kehilangan kedua-dua aset penting itu,  wad dia ditempatkan jadi hingar dengan gelak tawanya dengan rakan sekerja dan saudara mara yang datang melawat seolah-olah tiada apa yang mengganggu fikiran.

Dalam pada rawatan chemo still on going, Kak Linda datang bekerja seperti biasa dan terus bernas berkarya tanpa sedikit pun sempadan di mindanya. Dia semakin kurus tapi gembira kerana boleh memakai semula baju-baju lama termasuk pakaian Allahyarham ibunya.

Tak pernah memencilkan diri, jika ada masa tetap lepak bersama kami di kafe ofis dan laugh out loud dengan pelbagai cerita. Paling terharu, walaupun terpaksa berpantang banyak jenis makanan, namun dia tetap memasak yang enak-enak di rumah untuk suami dan anak-anak. Ada pula lebih akan dibawa ke pejabat untuk kami tibai sama. Oh wow, entahlah nak describe macamana, but she is just awesome. Kak Linda buka mata aku dan semua wanita lain bahawa dihenyak penyakit bukan the end of the world. You gotta fly baby. Just fly.

Aku share story ini kerana ia terlampau berharga untuk hanya dipendam dalam hati. Kekuatan seorang wanita yang perlu diwar-warkan. Bahawa perempuan hebat itu wujud, bukan hanya khayalan. Beberapa hari lepas, Kak Linda diuji lagi apabila doktor menemui sel tumor bersembunyi di antara tulang belakang nombor 8 dan sembilan. Natijahnya dia tidak boleh berjalan kerana kedua-dua belah kaki menjadi kebas kesan saraf di tulang belakang yang terganggu itu. Terlantar lagi untuk sekian kali namun tetap tersenyum seperti hari-hari sebelumnya.

Perilakunya Kak Linda ni seolah-olah seperti dia berkata: ‘I’m fighting cancer. What’s your super power?’ Damn she’s too cool to be true.

Aku sendiri selalu malu dengan diri sebab tak pernah masak kuih sedap-sedap untuk anak-anak, while she can. Aku selalu mengeluh penat buat itu ini, but somebody yang dah kehilangan anggota badan berjalan laju buat kerja tanpa setitik rungutan. Aku tension selalunya kehilangan idea untuk menulis dan memberi alasan writer’s block all the time sedangkan Kak Linda laju menaip di komputernya sampai siap dua, tiga artikel in a row. Dia buat semua orang kagum dengan personaliti lincah luar biasa.

Dan bila Kak Linda beritahu strangers bahawa dia seorang cancer fighter, people be like: You must be kidding me!

So ladies, kalau kau sihat tanpa penyakit namun sering berasa runsing tentang semua perkara, learn to live happpily macam Kak Linda. No matter how good or bad you think life is, wake up each day and be thankful to Allah. Someone somewhere is fighting to survive.

And to my sister, that cancer has really picked the wrong diva! Defy, fight and win!! I love you to the moon and back.

Stay strong, stay blessed.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: